Jumaat, 4 Disember 2020

1976-CARI DUIT JAGA TIKET BOLA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 147)

Semasa Darjah 6 saya mula mencari duit poket dengan menjual tiket bola sepak di Padang Majlis Bandaran Pasir Puteh.Kawan baik saya Wan Sabri yang ajak saya jual tiket bola. Harga tiket bola cuma lima puluh sen.
Kerja menjual tiket bola ini amat mencabar kerana ada belia-belia samseng yang nak masuk percuma. Sedangkan saya hanya kanak-
Kanak berumur 12 tahun. Ketika itu Liga Bola Sepak Pasir Puteh sedang berlansung. Pemain hebat ketika itu ialah Sarjan Roya, ayah kepada bekas pemain bola sepak Kelantan Nurul Azwan Roya.
Selepas tamat perlawanan kami menyerah -kan duit jualan tiket kepada Pakcik Dewan dan diberi upah seringgit. Setelah berjalan balik, saya perasan ada lagi duit $10.00 ringgit dalam poket.Lalu berlari dengan pantas untuk menyerahkan duit kepada Pakcik Dewan. Pakcik menghargai kejujuran saya dan memberi hadiah $1.00.Jadi saya dapat duit $2.00 petang itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan