(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 119)
Tehran
merupakan tuan rumah Sukan Asia 1974. Terdorong dengan pencapaian
layak ke Olimpik dua tahun sebelum itu, Malaysia hadir sebagai salah
sebuah pasukan pilihan dalam Sukan Asia edisi ke-7 ini.Mengekalkan
pemain-pemain dari skuad 1972 seperti Soh Chin Aun, Namat Abdullah
dan M. Chandran, Malaysia turut diperkuatkan dengan bintang sensasi
baru ketika itu, Mokhtar Dahari.
Posisi
penjaga gol diisi oleh R. Arumugam yang menggantikan Chow Chee Keong
yang tidak mendapat pelepasan oleh kelab beliau di Hong Kong.Malaysia
memulakan cabaran Kumpulan C Sukan Asia 1974 dengan kekalahan 8-3
kepada Israel.
Skuad
kebangsaan kemudiannya bangkit mengikat Jepun 1-1 sebelum memadamkan
cabaran Filipina dengan kemenangan 11-0.Malaysia
menamatkan cabaran kumpulan C di tangga kedua, layak dengan perbezaan
jaringan meninggalkan Jepun yang terpaksa mengigit jari di tempat
ketiga kumpulan.Sukan
Asia 1974 menyaksikan peringkat separuh akhir diadakan di dalam
peringkat kumpulan. Malaysia ditempatkan di dalam kumpulan maut
bersama-sama tuan rumah Iran, Iraq dan Korea Selatan.
Tewas
0-1 kepada Iran sebelum seri tanpa jaringan bertemu Iraq, Malaysia
bangkit menewaskan Korea Selatan 3-2 untuk melayakkan diri ke
perlawanan penentuan pingat gangsa.Isa
Bakar menjadi wira negara dengan jaringan pada minit ke-48 dan 81.
Malaysia menumpaskan Korea Utara 2-1 untuk membawa pulang pingat
gangsa, mengulangi pencapaian 12 tahun lalu di Jakarta.
Coach:
Jalil Che Din
1
Isa Bakar Abu Bakar, 2 Mohammad Ali Abu Bakar, 3 Syed Ahmad Abu
Bakar, 4 Namat bin Abdullah, 5 Mohamad bin Bakar, 6 M. Chandran, 7
Mohd Mokhtar Dahari, 8 Harun Jusoh, 9 P. Umaparan A. Ponnampalam, 10
Arumugam Rangasamy, 11 Abdul Shukor Saleh, 12 Santokh Singh, 13 Soh
Chin Aun, 14 Wan Zawawi Wan Yusoff, 15 Wong Hee Kok, 16 Wong Kuw Fou,
17 Woon Voon Leong.
Skuad
Sukan Asia 1974 : R. Arumugam, Wan Zawawi, Wong Hee Kok, Ali Bakar,
Hanafiah Ali, Mohamed Bakar, Wong Kuw Fou, Syed Ahmad, P. Umaparam,
Mokhtar Dahari, M. Chandran, Harun Jusoh, Soh Chin Aun, Namat
Abdullah, Shukor Salleh dan Santokh Singh.
Penjaring
gol : Mokhtar Dahari (5 gol)*, Isa Bakar (5 gol), Syed Ahmad (4 gol),
Harun Jusoh (4 gol), Wan Zawawi (1 gol) dan Ali Bakar (1 gol).
*5
gol yang dijaringkan Mokhtar Dahari itu dicetak semasa saingan awal
peringkat kumpulan, dalam perlawanan di mana Malaysia membelasah
Filipina 11-0.
___________________________________________