Ahad, 25 Oktober 2020

1974-MALAYSIA MENANG PINGAT GANGSA SUKAN ASIA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 119)

Tehran merupakan tuan rumah Sukan Asia 1974. Terdorong dengan pencapaian layak ke Olimpik dua tahun sebelum itu, Malaysia hadir sebagai salah sebuah pasukan pilihan dalam Sukan Asia edisi ke-7 ini.Mengekalkan pemain-pemain dari skuad 1972 seperti Soh Chin Aun, Namat Abdullah dan M. Chandran, Malaysia turut diperkuatkan dengan bintang sensasi baru ketika itu, Mokhtar Dahari.

Posisi penjaga gol diisi oleh R. Arumugam yang menggantikan Chow Chee Keong yang tidak mendapat pelepasan oleh kelab beliau di Hong Kong.Malaysia memulakan cabaran Kumpulan C Sukan Asia 1974 dengan kekalahan 8-3 kepada Israel.

Skuad kebangsaan kemudiannya bangkit mengikat Jepun 1-1 sebelum memadamkan cabaran Filipina dengan kemenangan 11-0.Malaysia menamatkan cabaran kumpulan C di tangga kedua, layak dengan perbezaan jaringan meninggalkan Jepun yang terpaksa mengigit jari di tempat ketiga kumpulan.Sukan Asia 1974 menyaksikan peringkat separuh akhir diadakan di dalam peringkat kumpulan. Malaysia ditempatkan di dalam kumpulan maut bersama-sama tuan rumah Iran, Iraq dan Korea Selatan.

Tewas 0-1 kepada Iran sebelum seri tanpa jaringan bertemu Iraq, Malaysia bangkit menewaskan Korea Selatan 3-2 untuk melayakkan diri ke perlawanan penentuan pingat gangsa.Isa Bakar menjadi wira negara dengan jaringan pada minit ke-48 dan 81. Malaysia menumpaskan Korea Utara 2-1 untuk membawa pulang pingat gangsa, mengulangi pencapaian 12 tahun lalu di Jakarta.1

Coach: Jalil Che Din

1 Isa Bakar Abu Bakar, 2 Mohammad Ali Abu Bakar, 3 Syed Ahmad Abu Bakar, 4 Namat bin Abdullah, 5 Mohamad bin Bakar, 6 M. Chandran, 7 Mohd Mokhtar Dahari, 8 Harun Jusoh, 9 P. Umaparan A. Ponnampalam, 10 Arumugam Rangasamy, 11 Abdul Shukor Saleh, 12 Santokh Singh, 13 Soh Chin Aun, 14 Wan Zawawi Wan Yusoff, 15 Wong Hee Kok, 16 Wong Kuw Fou, 17 Woon Voon Leong.2

Skuad Sukan Asia 1974 : R. Arumugam, Wan Zawawi, Wong Hee Kok, Ali Bakar, Hanafiah Ali, Mohamed Bakar, Wong Kuw Fou, Syed Ahmad, P. Umaparam, Mokhtar Dahari, M. Chandran, Harun Jusoh, Soh Chin Aun, Namat Abdullah, Shukor Salleh dan Santokh Singh.

Penjaring gol : Mokhtar Dahari (5 gol)*, Isa Bakar (5 gol), Syed Ahmad (4 gol), Harun Jusoh (4 gol), Wan Zawawi (1 gol) dan Ali Bakar (1 gol).

*5 gol yang dijaringkan Mokhtar Dahari itu dicetak semasa saingan awal peringkat kumpulan, dalam perlawanan di mana Malaysia membelasah Filipina 11-0.3

___________________________________________

1https://www.semuanyabola.com/5-skuad-harimau-malaya-terbaik-dalam-sejarah-bola-sepak-malaysia/

2https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008/07/sukan-asia.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan