Isnin, 22 Februari 2021

PESTABOLA MERDEKA 1977.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 961).



Pertandingan kali ke-21,Pestabola Merdeka menyaksikan penyertaan dua pasukan baru iaitu Iraq dan Libya. Kejohanan ini bermula pada 16 Julai dan berakhir pada 31 Julai 77. Saya menonton semua perlawanan di rumah Nenek Amran. Malaysia yang dilatih Karl Wiegang berjaya menewaskan Burma 1-0, menewaskan Thailand 3-0 , tetapi seri 1-1 dengan Korea Selatan dan Libya.
Dalam perlawanan terakhir Malaysia hanya
seri tanpa jaringan ketika menentang Iraq. Jadi Iraq layak ke perlawanan akhir bertemu Korea Selatan. Korea kembali muncul juara Pestabola Merdeka apabila menewaskan Iraq 1-0.

Ahad, 7 Februari 2021

1971-1976 MEMAKAI LENCANA BESI SKPPL.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 161)





Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki) atau (SKPPL) adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Melayu yang tertua di negeri Kelantan. Pada tahun 1917, sekolah ini memilki bangunannya sendiri apabila kerajaan membeli sebidang tanah daripada Tuan Haji Wan Musa Bin Wan Daud. Tanah ini terletak berhampiran Jalan Nara (sekarang dikenali sebagai Jalan Pasir Puteh – Machang). Pada 1933, sekolah ini mendapat dua teres bangunan setingkat baru.[1]

Semasa belajar di sini mulai tahun 1971-1976 saya memakai lencana besi yang Che beli semasa mula-mula mendaftar di SKPPL pada tahun 1971. Lencana ini dibaut pada tahun 1912 semasa di bawah pentadbiran Guru Besar pertama Tuan Hj. Daud bin Dato’ Puteh (1912 – 1928).[2] Moto yang tertera di Lencana Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki ialah ‘Belajar Terus Belajar’.

___________________________________

[1]https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Pasir_Puteh_(L)

[1] Ibid.

Rabu, 3 Februari 2021

1977-BELAJAR DUA MINGGU DI SMK TOK JANGGUT

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 160)



Sesi persekolahan 1977 bermula pada hari Ahad 2 Januari 1977.1 Tengahari 2 Januari saya dan rakan-rakan ke SK Lelaki Pasir Puteh untuk mengambil sijil berhenti sekolah. Saya menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Tok Janggut setelah gagal masuk ke sekolah asrama penuh seperti yang idamkan. PengetuaSMK Tok Janggut ketika itu ialah Hj Jenali Jaafar yang kemudiannya menjadi Eksco Kerajaan Negeri Kelantan.Saya cuma dapat 3A1B dan 1C dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Saya kecewa kerana dapat B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang sepatutnya aku dapat A. Tapi itu takdir Allah yang saya kena terima. Tetapi keputusan Penilaian Darjah 5 aku adalah yang terbaik dalam keluarga.