Jumaat, 30 Oktober 2020

KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU TAHUN 1975.

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 128)



Tahun 1975, ialah zaman transisi, zaman gelap kepada zaman kebangkitan Islam. Siapa yang sempat hidup dizaman ini pasti banyak cerita akan jahiliah melayu. Iklan arak dan minum arak masih biasa, tak solat dan tak puasa juga biasa kepada kebanyakan masyarakat. Lihat gaya bohemian anak-anak kampus termasuk pimpinan pelajar. Gaya woodstock ,hippies sebagai lambang penentangan kepada perang Amerika di Vietnam.1 Ketika saya darjah 5 , pemakaian tudung belum lagi diamalkan. Kaum ibu dan anak gadis cuma memakai baju kurung dan selendang di kampung. Pelajar Sekolah Menengah memakai skirt ke sekolah. Amalan memuja semangat padi, puja pantai dan mandi safar masih diamalkan. Ramai juga masih percaya pada bomoh dan Main Teri untuk merawat pesakit. Saya ketika itu ke SK Pasir Puteh Lelaki memakai seluar pendek warna biru dan baju T-Shirt berwarna putih.

Tetapi aktiviti keagamaan tetap meriah. Kampung Gong Chapa, kecil sahaja, tetapi mempunyai Surau, Madrasah dan sebuah Masjid Pada tahun 1970-an Che menghidupan -kan Surau Gong Chapa. Menjadi Imam solat dan terawih serta mengajar kelas agama di situ. Rumah saya pula menjadi Pusat Mengaji Quran. Ustaz Maali mengajar kami asas fardu ain di Madrasah. Ketika itu saya dilantik menjadi Ketua kanak-kanak bawah umur 12 tahun . Sejak Darjah 2 saya dah mahir jawi. Tetapi Che tak hantar ke sekolah agama, walaupun saya minat sekolah agama.

Foto diubah bentuk komik untuk mengelak fitnah.

___________________________________________

1https://www.facebook.com/Mengenali.Islam/posts/1975-ialah-zaman-transisi-zaman-gelap-kepada-zaman-kebangkitan-islam-siapa-yang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan