Ahad, 4 Oktober 2020

MENGAJAR DI SEKOLAH ADABI PASIR PUTEH.

oleh-AHMAD BIN YAAKOB

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 10)



Selepas tamat pengajian Ijazah pertama, saya mengisi borang untuk memohon membuat Sarjana Sejarah di UKM. Tetapi tidak jadi menghantar borang kerana Dekan Pusat Pengajian Siswazahketika itu menemuduga calon sarjana menggunakan bahasa Inggeris. Saya pula tak pandai Bahasa Inggeris. Ketika itu saya marah betul dengan cikgu Bahasa Inggeris, Alfred Philip yang menyatakan Bahasa Iinggris tak penting tak belajar pun tak apa. Rupanya di peringkat Sarjana Sejarah di universiti kalau tak mahir Bahasa Inggeris kita meghadapi masalah besar semasa menulis tesis.[1] Sahabat karib Harun Jusuh dan Profesor Dr Junaidi Abu Bakar pula telah diterima melanjut pelajaran ke peringkat sarjana di UKM.

Setelah seminggu buat kerja-kerja pertanian, sahabat karib saya Ustaz Sayuti datang ke rumah meminta ikut bersama temuduga menjadi Guru Swasta di Sekolah Adabi Pasir Puteh. Setelah menjalani sesi mengajar di sekolah Adabi, pelajar-pelajar Tingkatan 6 menyokong saya mengajar Subjek Sejarah Tingkatan 6. Ustaz Sayuti pula terpilih menjadi Guru Pendidikan Islam.[2] Ssaya menggantikan tempat Nur Azina Che Will kawan sekelas sejak Tingkatan 1 Khas 1977. Saya dibayar gaji RM150.00. Alhamdulillah cukup untuk membantu Che sekeluarga. Saya dah biasa hidup susah, dapat gaji sebanyak itu pun dah memadai kerana saya tidak sosial dan tidak merokok. Pergi mengajar pun naik basikal tua sahaja.

-------------------------------------------------------

[1] Catatan Dairi 1988.

[2] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan