Selasa, 27 Oktober 2020

1974- RAIS BELANJA TENGOK WAYANG

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 122)



Semasa Darjah 4 saya berkawan rapat dengan Rais. Rais sahabat sekampung yang belajar dalam Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki. Setiap kali masa Kelas Mengaji quran saya mengajar Rais mengaji quran. Jadi Rais dapat balik awal. Rais selalu mengajak saya ke rumah datoknya Pah Harun. Pak Harun bekerja menjual ikan di Pasar Pasir Puteh, Pak Harun dan isterinya baik dan selalu ajak saya makan nasi bersama Rais Fatah.

Petang itu jam 3.30 petang Rais ajak saya menonton wang gambar di Panggung Petani. Saya tak pernah tengok wayang gambar di Panggung Rama, jadi saya ikut sahaja kerana Rais berjanji nak belanja saya tengok wayang kerana selalu mengajar dia mengaji Quran.Panggung Rama agak jauh iaitu sebatu setengah dari Kampung Gong Chapa. Kami berjalan kaki bersama-sama. Apabila sampai di Panggung Rama jam 3.45 petang Rais beli dua tiket wayang. Harga tiket wayang cuma 20 sen.Tayangan filem petang itu ialah Pancaindera Harimau Berantai.. Saya terkejut kerana dalam Panggung Wang gelap. Rais yang dah biada menonton wayang di Panggung Rama memimpin tangan saya untuk mencari tempat duduk kosong. Tempat kosong itu berhampiran dengan Screen Pangung Wayang. Saya hampir melompat keluar dari panggung wayang kerana babak Ed Osmera berperang terlalu hampir dengan saya. Bimbang takut dia melompat kelaur screen wayang gambar. Itulah pengalaman pertama menonton wayang gambar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan