(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 97)
Sabtu, 24 Oktober 2020
1971-1983 MAKAN UBI KAYU.
1974-SK PASIR PUTEH LELAKI MENERIMA BEKALAN AIR PAIP
(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 96)
1973-PELAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA
(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 94)
Saya mengikuti perkembangan Piala Malaysia melalui akhbar Utusan Malaysia dan Arena Sukan di Radio. Pada tahun 1973,pengalaman Selangor mengatasi kesungguhan Terengganu untyk memastikan kejuaraan Piala Malaysia 1973 menjadi milik mereka apabila mengalahkan Pasukan Pantai Timur itu 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Merdeka.
FAKTA PERLAWANAN AKHIR;
Tarikh 5 Mei 1973.
Selangor 2-1 Terengganu
m-3 Sulaiman Rejab
m-34 Khaidir Buyung
m-75 Mazlan Harun
PEMAIN SELANGOR
R ARUMUGAM, KHAIDIR BUYONG, HANAFIAH ALI, M CHANDRAN, BAHWANDI HIRARLAL, SOH CHIN AUN, SANTOKH SINGH, RAHIM ABDULLAH, MAZLAN HARUN, MOKHTAR DAHARI, ZULKIFLI NORBIT.
PEMAIN TERENGGANU
MOHAMMAD HAMZAH, RAMLI MUDA, HANAFIAH MOHSEIN, SALLEH ABDUL RAHMAN, ISMAIL BOTOK, YAHYA JUSOH, SULAIMAN REJAB, ABDULLAH MOHAMMAD, ABDUL RAHMAN IBRAHIM, ROSLI HASHIM , HARUN JUSOH.1
1Berita Harian, Isnin 26 Oktober , 1992, 29.
1973-MULA MEMBELI UTUSAN MALAYSIA
(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 94)
(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 93)
BUBUR KACANG HIJAU
1971-1976- MELALUI BEKAS KUBU PERTAHANAN BRITISH DI PASIR PUTEH.
(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 92)
1973-MULA BELI MAJALAH DEWAN PELAJAR.
(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 91)
Dewan Pelajar merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak Januari 1967. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan kanak-kanak. Harga Majakah Dewan Pelajar pada tahun 1967 ialah 40 sen.1 Harga majalah ini pada tahun 1973 ialah 50 sen.
Masa Darjah 3 saya membaca, jadi setiap bulan saya membeli majalah ini di Kedai Buku Pustaka Rakyat yang terletak berhampiran Stesen Bas Pasir Puteh. Pada tahun 1973, mak saya bagi duit belanja sekolah 20 sen. Saya simpan 10 sen setiap hari untuk membeli Utusan Pelajar, Dewan Pelajar dan Utusan Malaysia sekali seminggu. Seronok ketika itu dapat membaca Utusan Malaysia untuk melihar Rancangan TV dan sukan, Utusan Pelajar dan Dewan Pelajar untuk meningkatkan pegetahuan dan baca kartun bersiri antaranya Katak Dengan Harimau oleh Halim Teh dan Gua Maut oleh Rizalman.
1http://harithsidek.blogspot.com/2013/01/buku-klasik-majalah-dewan-pelajar-lima.html






