Sabtu, 24 Oktober 2020

1974-SK PASIR PUTEH LELAKI MENERIMA BEKALAN AIR PAIP

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 96)



Pada tahun 1974, peristiwa bersejarah pertama ialah pemasangan paip air di sekolah dan Kantin sekolah.Ketika itu harga nasi berlauk di Kantin SK Pasir Puteh Lelaki cuma 10 sen sahaja. Murah sangat.
Lepas makan nasi berlauk, saya dan kawan-kawan Darjah 4 menadah air paip dengan gelas dan minum air tersebut. Rasanya sama seperti minum air mineral. Jimat lima sen kerana tak perlu beli air minum lagi. Seronok betul bermain air paip kerana rumah saya cuma ada telaga sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan