Sabtu, 24 Oktober 2020

1973-MULA MEMBELI UTUSAN MALAYSIA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 94)



Mulai tahun 1973 saya mula membeli akhbar Utusan Malaysia, sekali seminggu kerana minat membaca. Jika tahun 1971 hingga tahun 1972 saya mula cuma membeli akhbar Utusan Malaysia yang dikirim oleh abang Noh, kini saya membeli untuk koleksi sendiri, Harga Utusan Malaysia pada tahun 1973 ialah 20 sen. Fokus saya ketika itu ialah membaca berita semasa, kartun, komik bersiri, Rancangan RTM 1 dan RTM 2 serta berita Sukan terutama Piala Malaysia. Saya kerap membaca komik dan kartun Misyar. Meor Shariman Meor Hassan atau lebih dikenali dengan nama Mishar dilahirkan di Bruas, Perak. Mula berkarya sejak tahun 1960-an lagi menerusi Majalah Filem, Akhbar Utusan Malaysia dan Akhbar Utusan Pelajar.Kartun Malaysia Meriah adalah hasil tangan beliau ketika bersama Utusan Malaysia. Sekitar tahun 1970-an, Mishar boleh dianggap sebagai pelopor dunia kartun dan komik negara.1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan