Sabtu, 21 November 2020

KENANGAN BERSAMA ROSNI RANI DAN SH RAHIMAH DI SMTA 1991-1994.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 143)

Terharu saya apabila dua orang pelajar cemerlang ini datang ke rumah tahun 2019. Jauh datang dari Pekan untuk melawat cikgu sakit.Tahun 1990-1991 saya seorang guru barumengajar Sejarah di SMKTA Pekan. Serba kekurangan dua tahun berjalan kaki ke sekolah kerana berasal dari keluarga susah. Empat tahun di UKM cuma berjalan kaki ke kuliah. Itu menyebabkan saya rasa terharu kerana ramai bekas pelajar di SMTA masih ingat cikgu. Walau pun dah 24 tahun meninggalkan SMTA.


NURUL ANUAR MD YUSOFF KETUA PELAJAR SMKJ2 TAHUN 2003.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 141

Saya mula kenal Nurul Anuar Yusoff pada tahun 2002. Kebetulan saya mengajar Sejarah STPM semasa Nurul Anuar Tingkatan 6. Sebelum itu cuma pernah melihat Nurul Anuar mewakli pasukan Bolasepak Smk Jengka 2 semasa Tingkatan 5.
Tahun 2002 saya mengarah drama pentas petama untuk sambutan Merdeka pertama di SMK Jengk 2. Ahmad Nurul Imam, Pi dan Nurul Anuar adalah pelakom utama. Semasa latihan dan pementasan Drama Merdeka 2002-2003 hubungan kami semakin rapat. Beliau dilantik menjadi Ketua Pengawas SMK Jengka 2 tahun 2003.


1980-1983 MENJADI KARTUNIS.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 140)

Saya melukis dalam majalah Mingguan Kanak-Kanak, Dunia Sukan,Bujal,Salina, Gila- Gula, majalah hiburan dan Majalah Peneroka.
Ketika mula melukis kartun saya masih Tingkatan 4. Setiap kartun saya dibayar $20.00
-$40.00 dalam bentuk cek. Dapatlah buat beli buku rujukan SPM 1981 dan STPM 1983.
Banyak juga peminat perempuan hantar foto. Tetapi saya pulangkan kerana ingat pesanan che jangan mengorat anak dara orang. Kita orang miskin. Tetapi bila masuk UKM Che minta berhenti melukis kartun dan jadi cikgu. Kali terakhir saya melukis dalam majalah Diploma Pendidikan UKM tahun 1990. Bila jadi cikgu saya guna kartun sebagai ABM Sejarah.


1988-2019 GUNA KARTUN SEBAGAI ABM SEJARAH.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 139)

Sejak mengajar Sekolah Adabi Pasir Puteh, tahun 1988 saya mengajar menggunakan kartun sebagai ABM Sejarah.Ketika mengajar Sejarah Dunia di SMTA,Pekan saya melukis 120 nota dalam bentuk kartun untuk mengajar tiga kelas Tingkatan 4 masa tu.Nota Sejarah Dunia ni tinggal dua sahaja dalam simpanan saya.


Sabtu, 7 November 2020

VESPA DI KAMPUNG GONG CHAPA 1975

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 138 )



Vespa ialah satu jenama skuter Itali yang dibuat oleh syarikat Piaggio. Nama "vespa" bermaksud penyengat dalam bahasa Itali.1Pada awal tahun 1970, tercipta satu sejarah di mana sebuah kenderaan jenis motorsikal dari Itali iaitu Vespa mula menapak di semenanjung Malaysia.2

Seperti di tempat lain di kampung saya Kampung Gong Chapa juga ada pemilik motor vespa. Mereka ialah Ustaz Maali dan Ustaz Wahab. Dua orang Ustaz yang mengajar sekolah rendah di kampung saya. Ustaz Maali juga ialah guru fardu ain di Madrasah Kampung Gong Chapa. Beliau melantik saya sebagai Ketua Kelas Fardu Ain di Madrasah. Sya kerap melihat kedua-dua orang ustaz ini membasuh vespa mereka di Madrasah. Saya selalu beragan-angan nak naik naik vespa. Rupanya impian saya tercapai apabila Ustaz Maali menumpangkan saya ke Kelas Tambahan Penilaian Darjah 5 di Sekolah Arab Atas Zib.

________________________________________

1https://ms.wikipedia.org/wiki/Vespa

2https://www.facebook.com/mirivespaclub/posts/kedai-vespa-pertama-di-johorpada-awal-tahun-1970

Selasa, 3 November 2020

1971-1983 GUNA MANCIS API CAP LADA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 137)



Sejak Darjah 1 hingga Tingkatan 6 kelaurga saya menggunakan mancis api cap lada untuk menyalakan api bila memasak dan membakar sampah. Kilang Mancis Cap Lada atau lebih dikenali sebagai dengan gesek yang ada di Kelantan adalah merupakan kilang mancis yang pertama dan yang paling tua di Malaysia.Kilang mancis yang ada di kelantan ini telah dibuka sejak dalam tahun 1933 lagi dan mereka masih lagi menjalankan operasi pengeluaran mancis sehingga ke hari ini walaupun permintaan semakin hari terhadap mancis semakin berkurangan. Kilang Mancis Cap Lada terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Kilang mancis pertama di Malaysia ini mampu untuk menghasilkan sebanyak 800,000 kotak mancis dalam masa sehari.

Pada awalnya, kilang ini dimiliki oleh seorang peniaga dari Bombay, India dan pemilikan terhadap kilang ini telah beralih tangan ke beberapa pemilik luar dan tempatan beberapa kali.Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di KelantanKilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di KelantanSekarang, kilang ini telah diambil alih sepenuhnya oleh peniaga tempatan bernama Tan Chon San sejak pada tahun 1995 sehingga ke hari ini dan terdapat sebuah cawangan kilang mancis baru di Taiping, Perak.1

1https://www.sejarah.my/kilang-mancis-cap-lada-di-kelantan-paling-tua-di-malaysia/

1976-POKOK SERAI KAYU.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 136)



Tahun 1976 jiran baru Abang Soh bekas askar pencen membuat rumah baru bersebelahan rumah Abang Li. Juga berjiran dengan keluarga kami. Abang Soh bekas askar berpangkat Pegawai Warrant II. Beliau membeli sebidang tanah tapak rumah dan tanah kebun ber -sempadan dengan rumah Sarjan Hassan.

Dalam tanah kebun itu ada sepohon pokok serai kayu yang tinggi. Apabila mak saya nak buat nasi kerabu, saya diminta ke Rumah Abang Soh untuk mengambil pucuk serai kayu. Saya jenis tak suka meminta barang orang rasa amat malu. Tetapi minta izin ambil serai kayu juga kerana mak yang suruh. Masa itu saya berazam untuk beli rumah dan tanam sendiri pokok serai kayu. Jadi bila pindah ke rumah di Permatang Shah saya terus membeli benih dan menanam pokok serai kayu. Kalau ada jiran nak saya bagi sahaja. Tetapi saya tak suka meminta barang orang lain.

Ahad, 1 November 2020

1975-LATIHAN LARIAN LASAK UNTUK KEJOHANAN BOLASEPAK ENAM SEBELAH,

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 134)



Pada pagi Sabtu awal Februari, saya , Zawawi Hassan dan Afandi Mamat rakan sekampung yang terpilih mewakili pasukan Enam sebelah SKPPL di SMIP, Kota Bharu, bergerak mengayuh basikal ke Rumah Cikgu Shaari yang terletak di Simpang Jalan Kampung ke SMK Kamil, Pasir Puteh Kelantan. Rakan=rakan lain seperti Bakri Rosdi, Azami Kadir, Wan Sabri, Abdul Halim Abdul Rahman, Yussof , Sani dan lain-lain turut ke rumah Ckgu Shaari. Cikgu Shaari adalah Jurulatih bola sepak kami dan Guru mata pelajaran Sains yang garang.

Apabila dua belas orang pemain telah berkumpul di halamn rumah Cikgu Shaari, Cikgu Shaari pun keluar ke halaman rumah. Kami diarahkan memanaskan badan sebelum berlari ke arah Sekolah Adabi Pasir Puteh melalui Gertak Singh. Sebelum berlari setiap murid diberi makan satu sudu glucolin seorang. Sebagai budak kampung yang tak pernah makan glukolin kami merasa amat gembira. Kami pun mula berlari anak ke lalun Sekolah Adabi Pasir Puteh. Itulah latihan larian lasak yang kami jalani untyk membina stamina sebelum Kejohanan Bolasepak Enam Sebelah bermula.