Sabtu, 17 April 2021

IMBASAN SEJARAH KEJAYAAN ANAK-ANAK SIDEK 1982

 IMBASAN SEJARAH KEJAYAAN ANAK-ANAK SIDEK 1982

( BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 985)
Saya minat badminton, terutama mengikuti perkembangan anak-anak Sidek. Ketika Razif-
Jailani memenangi kejohanan All England saya
belajar di Tingkatan 6 Rendah di SMK Kamil. Kat rumah tak ada tv.Ketika itu dah segan nak tengok tv rumah orang. Jadi saya cuma dengar siaran langsung badminton di radio, mengikuti perkembangan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Majalah Dunia Sukan.
Berikut data kejayaan Anak-anak Sidek:
1.MISBUN SIDEK - JUARA TERBUKA SWEDEN MENEWASKAN ICUK SUGIARTO
9-15, 18-14, 15-13.
2.RAZIF -JAILANI SIDEK- JUARA BEREGU TERBUKA ENGLAND. MEREKA MENGALAHKAN BILL GILLIAD- DAN TRAVERS 8-15, 15-9 , 15-10


Selasa, 13 April 2021

1999- PUASA PERTAMA DI PERMATANG SHAHBANDAR.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 163)



Kami berpindah ke rumah sendiri di No 43,
Permatang Shahbandar tahun 1999.Pada 12 Disember 1999, buat kali pertama kami ber-
puasa di rumah sendiri yang dibeli pada tahun 1996. Terasa keseronokkan tinggal di sini kerana tinggal berhampiran Bandar Pusat Jengka. Saya dapat ke Bazar Ramadhan setiaphari. Solat terawih di Masjid lama atau Masjid Uitm. Ketika itu belum ada Surau di Permatang Shahbandar.

Isnin, 22 Februari 2021

PESTABOLA MERDEKA 1977.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 961).



Pertandingan kali ke-21,Pestabola Merdeka menyaksikan penyertaan dua pasukan baru iaitu Iraq dan Libya. Kejohanan ini bermula pada 16 Julai dan berakhir pada 31 Julai 77. Saya menonton semua perlawanan di rumah Nenek Amran. Malaysia yang dilatih Karl Wiegang berjaya menewaskan Burma 1-0, menewaskan Thailand 3-0 , tetapi seri 1-1 dengan Korea Selatan dan Libya.
Dalam perlawanan terakhir Malaysia hanya
seri tanpa jaringan ketika menentang Iraq. Jadi Iraq layak ke perlawanan akhir bertemu Korea Selatan. Korea kembali muncul juara Pestabola Merdeka apabila menewaskan Iraq 1-0.

Ahad, 7 Februari 2021

1971-1976 MEMAKAI LENCANA BESI SKPPL.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 161)





Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Lelaki) atau (SKPPL) adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah Bandar Pasir Puteh, Kelantan. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Melayu yang tertua di negeri Kelantan. Pada tahun 1917, sekolah ini memilki bangunannya sendiri apabila kerajaan membeli sebidang tanah daripada Tuan Haji Wan Musa Bin Wan Daud. Tanah ini terletak berhampiran Jalan Nara (sekarang dikenali sebagai Jalan Pasir Puteh – Machang). Pada 1933, sekolah ini mendapat dua teres bangunan setingkat baru.[1]

Semasa belajar di sini mulai tahun 1971-1976 saya memakai lencana besi yang Che beli semasa mula-mula mendaftar di SKPPL pada tahun 1971. Lencana ini dibaut pada tahun 1912 semasa di bawah pentadbiran Guru Besar pertama Tuan Hj. Daud bin Dato’ Puteh (1912 – 1928).[2] Moto yang tertera di Lencana Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki ialah ‘Belajar Terus Belajar’.

___________________________________

[1]https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Pasir_Puteh_(L)

[1] Ibid.

Rabu, 3 Februari 2021

1977-BELAJAR DUA MINGGU DI SMK TOK JANGGUT

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 160)



Sesi persekolahan 1977 bermula pada hari Ahad 2 Januari 1977.1 Tengahari 2 Januari saya dan rakan-rakan ke SK Lelaki Pasir Puteh untuk mengambil sijil berhenti sekolah. Saya menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Tok Janggut setelah gagal masuk ke sekolah asrama penuh seperti yang idamkan. PengetuaSMK Tok Janggut ketika itu ialah Hj Jenali Jaafar yang kemudiannya menjadi Eksco Kerajaan Negeri Kelantan.Saya cuma dapat 3A1B dan 1C dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Saya kecewa kerana dapat B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang sepatutnya aku dapat A. Tapi itu takdir Allah yang saya kena terima. Tetapi keputusan Penilaian Darjah 5 aku adalah yang terbaik dalam keluarga.

Khamis, 14 Januari 2021

1976-PEMILIHAN PASUKAN BADMINTON SKPPL.

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 159)

Jam 8.00 pagi sabtu ketika saya belajar di Surau Kampung Gong Chapa, Alias dan Afendi datang mengajak saya menyertai pemilihan Pasukan Badminton SKPPL. Sebagai Ketua Kelas Fardu ain di kampung, saya mohon dengan Ustaz Maali untuk menyertai pemilihan
tersebut. Alhamdulillah ustaz benarkan. Ketika itu tak ada telefon jadi apa-apa berita kawan datang ke rumah.
Walau pun raket pun tak ada saya tetap ke SKPPL bersama Alias Hassan dan Afendi Manat. (allahyarham). Ketika itu Malaysia ber
-jaya ke perlawanan akhir Piala Thomas. Tetapi kalah 0-9 ditangan Indonesia. Saya minat pemain badminton perseorangan Malaysia seperti Saw Swee Leong, Phua Ah Hua dan James Selvaraj. Dari situlah kini saya menjadi blogger 105 blog, 80 adalah blog sukan termasuk blog Badminton.


1976-KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA ASIA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI ).

Piala Asia 1976 merupakan edisi ke-6, ia diadakan di Iran.Kejohanan ini melibatkan enam buah pasukan. Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Kuwait dan China. Dalam kejohanan ini, Malaysia kalah dengan Kuwait dan seri 1-1 dengan China. Sebagai peminat bola sepak saya mengikuti kejohanan ini melalui ruangan Sukan Utusan Malaysia dan Arena Sukan di radio.


Sabtu, 9 Januari 2021

1971-1984 SETIAP TAHUN KAMPUNG GONG CHAPA DILANDA BANJIR.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 158)

Sejak 1971-1984 Kampung saya dilanda banjir setiap tahun. Kadang-kadang dua atau tiga sekali setahun. Dalam tempoh ini banjir paling besar berlaku pada tahun 1971 dan tahun 1983. Sejak tahun 1979 setiap kali banjir sahabat saya Amran datang ajak main perahu di kawasan sawah padi. Terima kasih Amran.


Ahad, 3 Januari 2021

1976-1983 SAHABAT BAIK ARIFFIN YUSOFF.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 157)

Ariffin lebih muda dari saya. Kerap datang ke rumah. Apabila keluarga Ariffin berpindah ke Semerak, saya ajak Ariffin tidur di Bilik saya beberapa hari. Kini berkahwin dengan Mat Salleh dan menetap di di Switzerland.