Isnin, 28 Disember 2020

2018-KEMALANGAN JALAN RAYA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 156)

Alhamdulillah dengan izin Allah saya tidak cedera dalam kemalangan yang dahsyat ini. Tetapi kesannya sakit saraf saya semakin teruk hingga terpaksa pencen awal 1.4.2019.



1976-AKHIR PIALA MALAYSIA SELANGOR 3-0

SINGAPURA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 155)
Tahun 1976 saya dah mewakili pasukan SKLPP
sebagai sayap kanan. Saya minat bola,jadi sejak Piala Malaysia bermula saya mengikuti kejohanan tersebut melalui akhbar Utusan Malaysia dan Arena Sukan di radio.
Perlawanan akhir berlangsung di Stadium
Merdeka. Keputusan Selangor 3-0 Singapura.
Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Mokhtar Dahari pada m-71,m- 81 danJohn Engkatesu m-77..


Selasa, 22 Disember 2020

2014-ZIARAH ABANG ZAHARI.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 154)

Al Fatihah. Terima kasih, abang yang banyak membantu saya semasa belajar di UKM 1984-
1988. Ketika itu Che melarang saya melukis kartun dan mahu saya jadi cikgu bukan lagi menjadi kartunis.
Sedih juga kerana saya dah ada peminat yang menghantar surat ke rumah. Kartun saya juga dah disiarkan dalam majalah Gila-Gila. Tetapi kerana menghormati Che saya terpaksa berhenti menjadi kartunis. Kerjaya yang paling saya minat.
Jadi duit bayaran melukis kartun sejak Tingkatan 4 dah tak ada lagi. Saya dah tak ada pendapatan melukis kartun yang saya gunakan untuk membeli buku rujukan dan membayar yuran sekolah.






Ahad, 20 Disember 2020

BANJIR DI BATU BERENDAM MELAKA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 153)

Tahun 1984 ke rumah kakak di Melaka untuk cari kerja semasa menunggu keputusan Peperiksaan STPM. Bulan Februari 1984 banjir melanda Batu Berendam, Melaka.


Jumaat, 18 Disember 2020

2012-PERJALANAN DARI PEJABAT POS KE KAMPUNG GING CHAPA II

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 152)

          Jarak dari Pejabat Pos, Pasir Puteh ke Kampung Gong Chapa, saya cuma satu batu sahaja. Saya cuma mengambil masa selama 4 minit untuk memandu balik ke rumah. Rindu nak balik kampung untuk menyiapkan Buku Biografi Guru Sejarah dan Buku Sejarah SMK Kamil, Pasir Puteh Kelantan.



Khamis, 17 Disember 2020

1975-SIARAN LANGSUNG PERLAWAN TINJU MUHAMMAD ALI VS JOE BUGNER.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 152)

Semasa Darjah 5 saya dan kawan-kawan SKPPL telah menyaksikan siaran langsung perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner. yang berlansung pada hari Selasa 1 Julai 1975. Semua guru SKPPL minat tinju, terutama Cikgu Shaari dan Cikgu Hassan GPK 1. Jadi pukul 8.30 kami diarahkan menyusun kerusi dalam Dewan SKPPL yang merupakan cantuman kelas Darjah 6. Muhammad Ali memenangi pertarungan tersebut dan kami semua bersorak gembira, Kemudian kembali menyusun semula kerusi dan meja dan kembali belajar semula. Itulah kenangan manis semasa belajar di SKPPL, Pasir Puteh, Kelantan.


Rabu, 9 Disember 2020

1976-84 MAKAN GULAI KERUTUK ITIK.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 151)

Tugas saya masa di Kampung Gong Chapa
ialah bela itik gembong telur, itik serati dan ayam. Kadang-kadang Che sembelih itik gembong yang dah tua. Itik yang dah tak ber -telur lagi.Mak saya masak kerutuk itik.
Foto-Resepi itik Adam.






Selasa, 8 Disember 2020

1984-LAWATAN KE MUZIUM NEGARA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 150)

Kali pertama ke Muzium negara ikut Rombongan Kamsis E, UKM saya dapat buat r&d Darurat. Kemudian banyak menghabis
-kan masa menonton video kompilasi lagu-lagi
Tan Sri P.Ramlee dari perbagai filem. Antaranya Madu 3, Tiga Abdul,Anak Bapak dan banyak lagi. Seronok ketika itu baru berusia 20 tahun.


1976-84 MAKAN GULAI KERUTUK ITIK.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 149)

Tugas saya masa di Kampung Gong Chapa
ialah bela itik gembong telur, itik serati dan ayam. Kadang-kadang Che sembelih itik gembong yang dah tua. Itik yang dah tak ber -telur lagi.Mak saya masak kerutuk itik.
Foto-Resepi itik Adam.


Ahad, 6 Disember 2020

1976-KUTIP BUAH KETEREH.

(BIIGRAFI GURU SEJARAH SIRI 148)

Semasa Darjah 6 saya, Nasir dan kawan sekampung kerap mengutip buah terer gugur untuk ambil biji. Kebun ini milik nenek Bedul,
kawan baik saya. Ketika ini tuan pokok benar -kan kami mengutip buah terer gugur.
Bila sampai rumah, kami bersihkan dan bakar biji terer dengan kayu api .Rasanya sangat sedap.Tahun 2017 menantu saya menanam tiga pokok ketereh dekat rumah sewa. Kini dah besar.


Jumaat, 4 Disember 2020

1976-CARI DUIT JAGA TIKET BOLA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 147)

Semasa Darjah 6 saya mula mencari duit poket dengan menjual tiket bola sepak di Padang Majlis Bandaran Pasir Puteh.Kawan baik saya Wan Sabri yang ajak saya jual tiket bola. Harga tiket bola cuma lima puluh sen.
Kerja menjual tiket bola ini amat mencabar kerana ada belia-belia samseng yang nak masuk percuma. Sedangkan saya hanya kanak-
Kanak berumur 12 tahun. Ketika itu Liga Bola Sepak Pasir Puteh sedang berlansung. Pemain hebat ketika itu ialah Sarjan Roya, ayah kepada bekas pemain bola sepak Kelantan Nurul Azwan Roya.
Selepas tamat perlawanan kami menyerah -kan duit jualan tiket kepada Pakcik Dewan dan diberi upah seringgit. Setelah berjalan balik, saya perasan ada lagi duit $10.00 ringgit dalam poket.Lalu berlari dengan pantas untuk menyerahkan duit kepada Pakcik Dewan. Pakcik menghargai kejujuran saya dan memberi hadiah $1.00.Jadi saya dapat duit $2.00 petang itu.


Rabu, 2 Disember 2020

1976-MAIN IKAN KAREN

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 145)

Belakang rumah saya ada sawah padi yang terbentang luas hingga ke Kampung Gong Datok. Pada hari minggu saya dan jiran terdekat Nasir dan Jefri musa akan bersama- sama menangkap ikan karen di sawah padi . Kami tanggap beberapa ekor ikan karen bitu guna slok buluh. Ikan ini banyak dalam sawah padi dan telaga di tepi sawah padi Gong Pak Su Bakar. Lepas tangkap kami isi ikan karen dalam botol berwarna putih. Saya simpan ikan ni di bawah rumah kerana takut che marah bela ikan.


1975-KUBOTA TANGAN MASUK KAMPUNG.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 145)

Pada tahun 1975, Ketua Kampung Hj.Daud mula memperkenalkan mini kobuta tangan untuk membajak sawah di Kampung Gong Chapa. Tetapi Che tetap minta abang Noh guna guna kerbau untuk bajak sawah.


TANAM TIMUN BATANG UNTUK DIJUAL.

(BIOGRAFI GURU SEKARAH SIRI 144)

Sejak Darjah 1 saya bantu mak tanam sayur dan siram pokok timun batang, timun Cina dan timun betik. Pada tahun 1976 barulah saya tanam sendiri dua batas timun batang. Bila dah berbuah mak saya tolong jual kepada Tok Peraih sayur Kampung Gong Chapa. Sekali jual dapat $10.00. Saya guna duit itu saya guna buat beli buku, majalah Dewan Pelajar, Bujal dan Utusan Malaysia.


Sabtu, 21 November 2020

KENANGAN BERSAMA ROSNI RANI DAN SH RAHIMAH DI SMTA 1991-1994.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 143)

Terharu saya apabila dua orang pelajar cemerlang ini datang ke rumah tahun 2019. Jauh datang dari Pekan untuk melawat cikgu sakit.Tahun 1990-1991 saya seorang guru barumengajar Sejarah di SMKTA Pekan. Serba kekurangan dua tahun berjalan kaki ke sekolah kerana berasal dari keluarga susah. Empat tahun di UKM cuma berjalan kaki ke kuliah. Itu menyebabkan saya rasa terharu kerana ramai bekas pelajar di SMTA masih ingat cikgu. Walau pun dah 24 tahun meninggalkan SMTA.


NURUL ANUAR MD YUSOFF KETUA PELAJAR SMKJ2 TAHUN 2003.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 141

Saya mula kenal Nurul Anuar Yusoff pada tahun 2002. Kebetulan saya mengajar Sejarah STPM semasa Nurul Anuar Tingkatan 6. Sebelum itu cuma pernah melihat Nurul Anuar mewakli pasukan Bolasepak Smk Jengka 2 semasa Tingkatan 5.
Tahun 2002 saya mengarah drama pentas petama untuk sambutan Merdeka pertama di SMK Jengk 2. Ahmad Nurul Imam, Pi dan Nurul Anuar adalah pelakom utama. Semasa latihan dan pementasan Drama Merdeka 2002-2003 hubungan kami semakin rapat. Beliau dilantik menjadi Ketua Pengawas SMK Jengka 2 tahun 2003.


1980-1983 MENJADI KARTUNIS.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 140)

Saya melukis dalam majalah Mingguan Kanak-Kanak, Dunia Sukan,Bujal,Salina, Gila- Gula, majalah hiburan dan Majalah Peneroka.
Ketika mula melukis kartun saya masih Tingkatan 4. Setiap kartun saya dibayar $20.00
-$40.00 dalam bentuk cek. Dapatlah buat beli buku rujukan SPM 1981 dan STPM 1983.
Banyak juga peminat perempuan hantar foto. Tetapi saya pulangkan kerana ingat pesanan che jangan mengorat anak dara orang. Kita orang miskin. Tetapi bila masuk UKM Che minta berhenti melukis kartun dan jadi cikgu. Kali terakhir saya melukis dalam majalah Diploma Pendidikan UKM tahun 1990. Bila jadi cikgu saya guna kartun sebagai ABM Sejarah.


1988-2019 GUNA KARTUN SEBAGAI ABM SEJARAH.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 139)

Sejak mengajar Sekolah Adabi Pasir Puteh, tahun 1988 saya mengajar menggunakan kartun sebagai ABM Sejarah.Ketika mengajar Sejarah Dunia di SMTA,Pekan saya melukis 120 nota dalam bentuk kartun untuk mengajar tiga kelas Tingkatan 4 masa tu.Nota Sejarah Dunia ni tinggal dua sahaja dalam simpanan saya.


Sabtu, 7 November 2020

VESPA DI KAMPUNG GONG CHAPA 1975

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 138 )



Vespa ialah satu jenama skuter Itali yang dibuat oleh syarikat Piaggio. Nama "vespa" bermaksud penyengat dalam bahasa Itali.1Pada awal tahun 1970, tercipta satu sejarah di mana sebuah kenderaan jenis motorsikal dari Itali iaitu Vespa mula menapak di semenanjung Malaysia.2

Seperti di tempat lain di kampung saya Kampung Gong Chapa juga ada pemilik motor vespa. Mereka ialah Ustaz Maali dan Ustaz Wahab. Dua orang Ustaz yang mengajar sekolah rendah di kampung saya. Ustaz Maali juga ialah guru fardu ain di Madrasah Kampung Gong Chapa. Beliau melantik saya sebagai Ketua Kelas Fardu Ain di Madrasah. Sya kerap melihat kedua-dua orang ustaz ini membasuh vespa mereka di Madrasah. Saya selalu beragan-angan nak naik naik vespa. Rupanya impian saya tercapai apabila Ustaz Maali menumpangkan saya ke Kelas Tambahan Penilaian Darjah 5 di Sekolah Arab Atas Zib.

________________________________________

1https://ms.wikipedia.org/wiki/Vespa

2https://www.facebook.com/mirivespaclub/posts/kedai-vespa-pertama-di-johorpada-awal-tahun-1970

Selasa, 3 November 2020

1971-1983 GUNA MANCIS API CAP LADA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 137)



Sejak Darjah 1 hingga Tingkatan 6 kelaurga saya menggunakan mancis api cap lada untuk menyalakan api bila memasak dan membakar sampah. Kilang Mancis Cap Lada atau lebih dikenali sebagai dengan gesek yang ada di Kelantan adalah merupakan kilang mancis yang pertama dan yang paling tua di Malaysia.Kilang mancis yang ada di kelantan ini telah dibuka sejak dalam tahun 1933 lagi dan mereka masih lagi menjalankan operasi pengeluaran mancis sehingga ke hari ini walaupun permintaan semakin hari terhadap mancis semakin berkurangan. Kilang Mancis Cap Lada terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Kilang mancis pertama di Malaysia ini mampu untuk menghasilkan sebanyak 800,000 kotak mancis dalam masa sehari.

Pada awalnya, kilang ini dimiliki oleh seorang peniaga dari Bombay, India dan pemilikan terhadap kilang ini telah beralih tangan ke beberapa pemilik luar dan tempatan beberapa kali.Kilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di KelantanKilang Mancis Pertama Malaysia Ada Di KelantanSekarang, kilang ini telah diambil alih sepenuhnya oleh peniaga tempatan bernama Tan Chon San sejak pada tahun 1995 sehingga ke hari ini dan terdapat sebuah cawangan kilang mancis baru di Taiping, Perak.1

1https://www.sejarah.my/kilang-mancis-cap-lada-di-kelantan-paling-tua-di-malaysia/

1976-POKOK SERAI KAYU.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 136)



Tahun 1976 jiran baru Abang Soh bekas askar pencen membuat rumah baru bersebelahan rumah Abang Li. Juga berjiran dengan keluarga kami. Abang Soh bekas askar berpangkat Pegawai Warrant II. Beliau membeli sebidang tanah tapak rumah dan tanah kebun ber -sempadan dengan rumah Sarjan Hassan.

Dalam tanah kebun itu ada sepohon pokok serai kayu yang tinggi. Apabila mak saya nak buat nasi kerabu, saya diminta ke Rumah Abang Soh untuk mengambil pucuk serai kayu. Saya jenis tak suka meminta barang orang rasa amat malu. Tetapi minta izin ambil serai kayu juga kerana mak yang suruh. Masa itu saya berazam untuk beli rumah dan tanam sendiri pokok serai kayu. Jadi bila pindah ke rumah di Permatang Shah saya terus membeli benih dan menanam pokok serai kayu. Kalau ada jiran nak saya bagi sahaja. Tetapi saya tak suka meminta barang orang lain.

Ahad, 1 November 2020

1975-LATIHAN LARIAN LASAK UNTUK KEJOHANAN BOLASEPAK ENAM SEBELAH,

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 134)



Pada pagi Sabtu awal Februari, saya , Zawawi Hassan dan Afandi Mamat rakan sekampung yang terpilih mewakili pasukan Enam sebelah SKPPL di SMIP, Kota Bharu, bergerak mengayuh basikal ke Rumah Cikgu Shaari yang terletak di Simpang Jalan Kampung ke SMK Kamil, Pasir Puteh Kelantan. Rakan=rakan lain seperti Bakri Rosdi, Azami Kadir, Wan Sabri, Abdul Halim Abdul Rahman, Yussof , Sani dan lain-lain turut ke rumah Ckgu Shaari. Cikgu Shaari adalah Jurulatih bola sepak kami dan Guru mata pelajaran Sains yang garang.

Apabila dua belas orang pemain telah berkumpul di halamn rumah Cikgu Shaari, Cikgu Shaari pun keluar ke halaman rumah. Kami diarahkan memanaskan badan sebelum berlari ke arah Sekolah Adabi Pasir Puteh melalui Gertak Singh. Sebelum berlari setiap murid diberi makan satu sudu glucolin seorang. Sebagai budak kampung yang tak pernah makan glukolin kami merasa amat gembira. Kami pun mula berlari anak ke lalun Sekolah Adabi Pasir Puteh. Itulah latihan larian lasak yang kami jalani untyk membina stamina sebelum Kejohanan Bolasepak Enam Sebelah bermula.

Sabtu, 31 Oktober 2020

MENGAMBIL PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH 5

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 133)



Penggal Ketiga Darjah 5 Persekolahan Sesi 1975 bermula pada 11 ogos 1975. Peperiksaan Percubaan Penilaian Darjah 5 diadakan dan saya mendapat 4A, 1C. Pada awal bulan September Peperiksaan Penilaian Darjah 5 bermula. Sejak kecil saya dilatih bangun awal. Sebelum subuh Che dah kejutkan untyk solat. Mak saya pula sudah siap masak nadi untuk sarapan pagi. Setelah sarapan pukul 6.55 pagi saya berjalan kaki ke SK Pasir Puteh, Lelahi menggalas beg sekolah. Dalam beg telah dimasukkan bekas pensil besi. Di dalamnya ada tiga batang pensil 2B yang diasah tajam. Dua pemadam getah dan satu penggorek pensil yang baru dibeli.

Peperiksaan Penilaian Darjah 5 berlangsung selama seminggu. Kertas Peperiksaan yang saya ambil ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmun Hisab, Sains, Tawarikh dan Ilmu Alam. Apabila selesai peperiksaan terasa hilang keletihan berjalan ke Kelas Tambahan sejauh tiga batu. Setelah keputusan diumumkan saya merasa kecewa kerana cuma dapat 3A, 1B dan 1C. Saya merasa kecewa kerana sepanjang persekolahan dari Darjah 1 hingga Darjah 5 saya tak pernah dapat B Bahasa Melayu. Kedudukan saya sebagai pelajar kedua terbaik SKPPL telah dipotong oleh Ahmad Hasnullah dan Mohd Noor Azman yang mendapat 4A. ManakalaAlias Hassan kekal sebagai pelajar terbaik dengan mendapat 5A. Dengan musnahlah harapan saya untuk ke sekolah asrama penuh.

1975-MEWAKILI SKPPL DALAM KEJOHANAN BOLASEPAK 6 SEBELAH DI SMIP KOTA BHARU.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 132)



Sebaik sahaja Penggal Pertama Sekola tahun 1975 dibuka pada 6 Januari Cikgu Hassan, Cikgu wan Hassan dan Cikgu Shaari mula membuat ujian pemilihan Pasukan Bolasepak Enam Sebelah SK Pasir Puteh, Lelaki. Saya berlatih bersungguh-sungguh untuk terpilih dalam pasukan tersebut. Apabila pasukan diumumkan nama saya tak ada kerana cikgu kata Ahmad paling rendah dan kecil dalam pasukan. Tetapi semua kawan-kawan saya memujuk cikgu memilih saya mewakili pasukan SKPPL. Ini kerana kami dah biasa bermain bersama dalam pasukan.Saya bermain sebagai sayap kanan. Bagi mereka saiz badan bukan ukuran. Akhirnya cikgu Wan Hassan bersetuju memasukkan nama saya dalam pasukan SKPPL.

Antara pemain yang terpilih mewakili Pasukan Bolasepak Bawah 11 tahun SKPPL ialah dari Kampung saya ialah Affandi Mamat, Zawawi Hassan dan Ahmad Yaakob. Pemain lain ialah anak saudara saya Abdul Halim dan Yusoff sebagai penyerang, Bakri Rosdi penjaga gol utama, Wan Sabri pemain pertahanan, Sani dan beberaoa orang lagi.

Perlawanan ini diadakan secara Karnival di Padang Sekolah Menengah Sultan Ismail Kota Bharu. Semasa perjalanan ke SMIP Kota Bharu saya menaiki kereta Guru Besar En Ismail. Sebelum naik kereta Guru Besar memberi plastik muntah seorang satu. Saya, sani, Abdul Halim dan Affandi Mamat naik kereta Guru Besar. Dalam perjalanan Sani tiba-tiba muntah, saya sendiri pun jarang naik kereta tetapi dapat menahan muntah sehingga kami selamat samapai ke SMIP., kota Bharu.

Selepas mendaftar enam pemain terpilih dalam Pasukan utama 6 sebelah daripada 12 orang pemain ialah Bakri Rosdi sebagai penjaga gol utama, Wan Sabri, Zawawi Hassan , Affndi Mamat sebagai Ketua Pasukan, Abdul Halim dan Yusof sebagai penyerang. Saya cuma pemain simpanan sahaja. Dalam Kejohanan tersebut dalam Peringkat Kumpulan kami menang dua kali dan kalah dua kali. Jadi tak layak ke separuh akhir. Gol-gol pasukan dijaringkan oleh Abdul Halim dan Yusof

1975-BERJALAN KAKI TIGA BATU KE KELAS TAMBAHAN

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 131)



Awal Januari hingga Sepetember Cikgu Shaari mengadakan Kelas Tambahan Percuma di Sekolah Arab swasta Ata Zib. {nama panjang lupa). Cikgu menjemut kami untu belajar percuma di situ. Ketika itu SK Pasir Puteh tidak dapat mengadakan kelas tambahan petang kerana SK Kamil 2 menumpang di SK Pasir Puteh, Lelaki pada Sesi petang. Saya minat belajar. Jadi balik sekolah pukul 12.30 tengahari saya terus mandi. Kemudian solat zuhur dan mengaji Quran.

Kemudian galas beg kecil berjalan kaki ke kelas tambahan sejauh tiga batu dari Kampung Gong Chapa. Kelas bermula pukul tiga petang dan tan tamat pukul 5.00 petang. Itulah rutin hidup saya setiap petang Rabu dan Khamis. Ketika itu saya berazam untuk mendapat 4A sahaja dalam Peperiksaan UPSR kerana saya tidak pandai Bahasa Inggeris. Satu petang Ustaz Mat Ali terserempak dengan saya berjalan kaki di Jambatan Sungai Rasau. Beliau simpat melihat saya berjalan kaki ke Kelas Tambahan. Lalu menghantar saya ke Sekolah Arab Swasta tersebut dengan motor Vespa. Masuk bulan kedua berjalan kaki ke kelas tambahan Che minta saya pinjam basikal kakak Asia untuk ke Kelas Tambahan. Ketika itu saya sempat berkawan dengan pelajar cemerlang SK Kamil 1, Shamsudin Harun yang mendapat 5A Penilaian Darjah 5 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Syah, Kuala Lumpur. 1Saya cuma mendapat 3A, 1B dan C Bahasa Inggeris.

1Cenderamata Jubli Perak Sekolah Kamil, Pasir Puteh 1954-1979.,60

1975-SUKATAN PELAJARAN TAWARIKH DARJAH 5.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 130)



Setelah belajar Tawarikh Darjah 4, tahun 1975 saya mula belajar Tawarikh Darjah 5. Cuma tahun ini kena belajar betul-betul kerana subjek ini subjek Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Sejak dari tahun 1975 saya mula minat sejarah dan akhirnya menadi Guru Sejarah selama 30 tahun. Kemahiran saya alah Sejarah STPM Tingkatan 6. Antara Kandungan Sukatan Pelajaran Sejarah Darjah 5 ialah;

BAB

KEDATANGAN BANGSA EROPAH

1. Melaka ditawan Pourtugis

2. Melaka dibawah pemerintahan Portugis.

3. Belanda di Asia Tenggara.

4.Inggeris Kembali ke Asia Tenggara.

5. Raffles Dengan Pembukaan Singapura.

CERITA-CERITA DARI CHINA

6. Shih Huang Ti – Maharaja China Yang Pertama

7.Pemberian Nagara China Kepada Tamadun Manusia.

8.Ghenghis Khan.

9.Kublai Khan.

CERITA-CERITA DARI NEGERI INDIA

10. Asoka Raja Yang LemahLembut.

11.Akbar Yang Agong.

12.Pemberontakan di India.

13. Menuntut Kemerdekaan.

14. Mohammad Ali Jinnah.1

Guru Tawarikh saya ialah Cikgu Tuan Soh. Saya masih ingat lagi Cikgu Tuan Soh menceritakan pengkhianatan Si Kitol menyebabkan Melaka jatuh ketangan Portugis.Si Kitol adalah rakyat yang belot dan memainkan peranan kepada kehancuran Melaka. Si Kitol lah yang berperanan sebagai dajjal menabur fitnah dan memecah belahkan orang melayu mengakibatkan kemusnahan kerajaan Melaka yang dulunya gah di seluruh pelosok dunia.

1http://harithsidek.blogspot.com/2013/01/buku-klasik-buku-teks-sekolahsuatu.html

Jumaat, 30 Oktober 2020

1975-BUKU TEKS SPBT BARU PERCUMA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 129)



Dalam jangkamasa Rancangan Malaysia ke-4, kerajaan mensasarkan semua pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan menerima faedah skim pinjaman buku teks. Tahun 1975 SPBT yang mula diperkenalkan pada tahun 1974 mula dilaksanakan ke seluruh negara mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.1 Saya antara pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang layak menerima buku teks SPBT tahun 1975. Hakikat sebenarnya semau pelajar kelas saya darjah 5A dan pelajar darjah 5 B dapat buku teks percuma. Guru kelas minta kami beli pembalut dan balut buku teks dalam kelas.

Antara buku teks ini ialab Buku Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Sains, Tawarikh, Ilmu Alama, Tata Rakyat dan Kesihatan. Ini bermakna Che tak pelu lagi membeli buku teks seperti tahun 1971 hingga tahun 1973. Ketika itu buku latihan dan buku kerja saya pula dibeli oleh Abang Zulkifli. Beliau berharap saya dapat masuk ke sekolah Asrama penuh.

_________________________________________

1https://www.moe.gov.my/pekeliling/2799-surat-pekeliling-ikhtisas-kementerian-pendidikan-malaysia-bilangan-5-tahun-2017-dasar-pinjaman-buku-teks-kepada-murid-di-bawah-skim-pinjaman-buku

KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU TAHUN 1975.

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 128)



Tahun 1975, ialah zaman transisi, zaman gelap kepada zaman kebangkitan Islam. Siapa yang sempat hidup dizaman ini pasti banyak cerita akan jahiliah melayu. Iklan arak dan minum arak masih biasa, tak solat dan tak puasa juga biasa kepada kebanyakan masyarakat. Lihat gaya bohemian anak-anak kampus termasuk pimpinan pelajar. Gaya woodstock ,hippies sebagai lambang penentangan kepada perang Amerika di Vietnam.1 Ketika saya darjah 5 , pemakaian tudung belum lagi diamalkan. Kaum ibu dan anak gadis cuma memakai baju kurung dan selendang di kampung. Pelajar Sekolah Menengah memakai skirt ke sekolah. Amalan memuja semangat padi, puja pantai dan mandi safar masih diamalkan. Ramai juga masih percaya pada bomoh dan Main Teri untuk merawat pesakit. Saya ketika itu ke SK Pasir Puteh Lelaki memakai seluar pendek warna biru dan baju T-Shirt berwarna putih.

Tetapi aktiviti keagamaan tetap meriah. Kampung Gong Chapa, kecil sahaja, tetapi mempunyai Surau, Madrasah dan sebuah Masjid Pada tahun 1970-an Che menghidupan -kan Surau Gong Chapa. Menjadi Imam solat dan terawih serta mengajar kelas agama di situ. Rumah saya pula menjadi Pusat Mengaji Quran. Ustaz Maali mengajar kami asas fardu ain di Madrasah. Ketika itu saya dilantik menjadi Ketua kanak-kanak bawah umur 12 tahun . Sejak Darjah 2 saya dah mahir jawi. Tetapi Che tak hantar ke sekolah agama, walaupun saya minat sekolah agama.

Foto diubah bentuk komik untuk mengelak fitnah.

___________________________________________

1https://www.facebook.com/Mengenali.Islam/posts/1975-ialah-zaman-transisi-zaman-gelap-kepada-zaman-kebangkitan-islam-siapa-yang

1975-MENGAMBIL PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH 5

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 127)

Pada tahun 1967 Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) diperkenalkan.1 saya merupakan generasi kelapan yang menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tahun 1975 merupakan tahun yang mencabar kerana saya akan mengambil Peperiksaan Darjah 5 yang akan menentukan samada saya layak ke sekolah berasrama penuh atau tidak. Antara lima mata pelajaran yang saya ambil ialah ;



1.Bahasa Malaysia

2.Ilmu Hisab

3.Bahasa Inggeris.

4.Sains.

5.Ilmu Alam/Twarikh.

__________________________________

1https://carigold.com/forum/threads/50-perubahan-peperiksaan-sejak-sebelum-merdeka.627329/

Khamis, 29 Oktober 2020

1973-MENYANYI LAGU BAHASA INGGERIS

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 124)



tahun 1973 saya, Alias Hassan dan Wan Sabri terpilih untuk Pertandingan Nyanyian Trio Bahasa Inggeris peringkat daerah. Semasa sekolah rendah di SK Pasir Puteh Lelaki saya masih dapat mengikuti pelajaran Bahasa Inggeris dan cuma dapat C dalam Penilaian Darjah 5. Tetapi semasa sekolah menengah pencapaian saya dalam Bahas Inggeris mula merosot. Kami dilatih oleh Guru Bahasa Inggeris Cikgu Hasbullah untyk pertandingan peringkat zon Pasir Puteh. Lagu yang kami nyayikan ialah ‘Jack and Jill went up the hill”.

Rabu, 28 Oktober 2020

PESTABOLA MERDEKA1974

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI126)

Kejohanan Pestabola Merdeka tahun 1974 bermula pada 23 Julai - 4 Ogos 1974

Venue Stadium Perak, Ipoh. Tahun 1974 tujuh buah negara menyertai Kejohanan Pestabola Merdeka. Negara-negara tersebuat ialah Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Singapore, South Korea, Thailand. Sebagai peminat bolasepak Malaysia saya mengikuti kejohanan ini melalui sukan di radio dan akhbar Utusan Malaysia.



1PEMAIN MALAYSIA

Jurulatih : Jalil Che Din

Penjaga gol : R. Arumugam, Lim Fung Kee

Bek: Namat Abdullah, Soh Chin Aun, Wong Voon Leong, Wong Kui Fou, P. Umaparan, Shukor Salleh

Tengah: Wong Choon Wah, Ali Bakar, Wan Hassan, Santokh Singh, Wan Zawawi

Penyerang: Syed Ahmad, Shaharuddin Abdullah, Mokhtar Dahari, Mohamed Bakar

Digugur (8): Isa Bakar, Chow Tuck Chuan, K. Rajagesaran, Hanafiah Ali, V. Thambirajah, Yahya Jusoh, Kong Lip Peng, Rashid Hassan.2


Perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada 4 Ogos 1974 (Ahad) Malaysia mengalahkan Korea Selatan 1-0 hasil jaringan gol Mokhtar Dahari pada minit ke-84.

_____________________________________________

1https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/search/label/Pestabola%20Merdeka

2Ibid

SEJARAH KAMPUNG GONG CHAPA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 124)



Saya dilahirkan pada 28.2. 1964 di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan.[1] Tetapi Che lambat mendaftar seminggu kelahiran saya, sebab itu di dalam surat beranak tertulis tarikh lahir Ahmad bin Yaakob pada 7 Mac 1964.[2]. Umur Mak Sepiah ketika itu 45 tahun , manakala umur Che ketika itu 56 tahun.Kampung Gong Chapa dinamakan sempena pokok Chapa yang banyak tumbuh di Kampung tersebut. Menurut Che Yaakob, keluarganya berpindah ke Gong Chapa apabila berlaku ribut besar 100 tahun dahulu yang menyebabkan pokok-pokok hutan di Pasir Puteh tumbang semuanya menyembah bumi.[3]
Menurut Abang Zahari pula, keluarga Che berpindah ke Pasir Puteh setelah Kerajaan Melayu Jembal dikalahkan tentera Siam. Keluarga Che yang berasal dari keluarga Panglima Perang Kerajaan Melayu Jembal telah melarikan diri Pasir Puteh.Jarak kampung aku dengan Bandar Pasir Puteh cuma satu batu sahaja. Terlalu dekat. .Tetapi semasa zaman persekolahan saya merasa rumah aku dengan bandar agak jauh. Mungkin kerana saya berjalan kaki ke sekolah. Keluarga saya agak besar kerana mempunyai 17 adik beradik. Kat kampung tiada orang yang boleh menyaingi jumlah anak-anak Yaakob.
___________________________________
[1]Surat beranak
[2]Temu ramah Yaakob Mamat 1983.
[3]ibid

SUKAN KOMANWEL 1974

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 123)

Sukan Komanwel (Bahasa Inggeris: Commonwealth Games, disingkatkan sebagai SUKOM) adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel. 1974 Persemakmuran British Sukan diadakan di Christchurch, New Zealand dari 24 Januari hingga 2 Februari 1974.1 Saya mengikuti perkembangn Sukan Komanwel 1974 melalui Siaran sukan di Radia dan akhbar Utusan Malaysia. Pada tahun 1974, Punch Gunalan mendapat kejayaan cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand. Dengan kejayaan tersebut P. dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1tahun 1974.2




Temasya

Emas

Perak

Gangsa

Jumlah

Rank

Kingston 1966

2

2

1

5

12

Edinburgh 1970

1

1

1

3

15

Christchurch 1974

1

0

3

4

15

Pungutan pingat Malaysia dalam Sukan Komanwel 1974.3

__________________________________

1https://en.wikipedia.org/wiki/1974_British_Commonwealth_Games

2https://www.mstar.com.my/sukan/2012/08/15/lagenda-badminton-punch-gunalan-meninggal-dunia

3https://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia_di_Sukan_Komanwel

Selasa, 27 Oktober 2020

1974- RAIS BELANJA TENGOK WAYANG

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 122)



Semasa Darjah 4 saya berkawan rapat dengan Rais. Rais sahabat sekampung yang belajar dalam Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki. Setiap kali masa Kelas Mengaji quran saya mengajar Rais mengaji quran. Jadi Rais dapat balik awal. Rais selalu mengajak saya ke rumah datoknya Pah Harun. Pak Harun bekerja menjual ikan di Pasar Pasir Puteh, Pak Harun dan isterinya baik dan selalu ajak saya makan nasi bersama Rais Fatah.

Petang itu jam 3.30 petang Rais ajak saya menonton wang gambar di Panggung Petani. Saya tak pernah tengok wayang gambar di Panggung Rama, jadi saya ikut sahaja kerana Rais berjanji nak belanja saya tengok wayang kerana selalu mengajar dia mengaji Quran.Panggung Rama agak jauh iaitu sebatu setengah dari Kampung Gong Chapa. Kami berjalan kaki bersama-sama. Apabila sampai di Panggung Rama jam 3.45 petang Rais beli dua tiket wayang. Harga tiket wayang cuma 20 sen.Tayangan filem petang itu ialah Pancaindera Harimau Berantai.. Saya terkejut kerana dalam Panggung Wang gelap. Rais yang dah biada menonton wayang di Panggung Rama memimpin tangan saya untuk mencari tempat duduk kosong. Tempat kosong itu berhampiran dengan Screen Pangung Wayang. Saya hampir melompat keluar dari panggung wayang kerana babak Ed Osmera berperang terlalu hampir dengan saya. Bimbang takut dia melompat kelaur screen wayang gambar. Itulah pengalaman pertama menonton wayang gambar

1974-TAWARIKH MATA PELAJARAN BARU DARJAH 4.

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI  121)



Pada tahun 1974 saya mula mempelajari mata pelajaran baru iaitu Tawarikh. Tawarikh merupakan mata pelajaran yang akan saya ambil dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 tahun 1975. Sebelum ini saya belajar mata pelajaran Kajian Tempatan. Saya minat Tawarikh dan berazam mendapat A dalam mata pelajaran ini. Guru yang mengajar Tawarikh ialah cikgu Tuan Soh. Beliau tinggal di Padang Siam dan saya kerap juga ke rumah Cikgu Tuan Soh. Cikgu Tuan Soh mengajar Tawarikh sambil bercerita bagaimana kedatangan bangsa Portugis ke Melaka. Saya seronok mendengar cikgu Tuan Soh bercerita semasa mengajar subjek Tawarikh. Ini lah titik tolak minat saya untuk menjadi Guru Sejarah.

Isnin, 26 Oktober 2020

1974-MENONTON PERTUNJUKAN SARKAS DENGAN MAZLAN

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 120)



Sarkas atau sirkus adalah suatu kelompok yang mempersembahkan pelbagai pertunjukan merangkumi akrobat, jugel, badut, haiwan terlatih, ahli silap mata pelagak ngeri dan sebagainya untuk menghiburkan penonton ramai. Sejak Darjah 1 tahun 1971 saya kerap melihat khemah pertunjukkan sarkas di Pasir Puteh. Pertunjukan Sarkas diadakan pada Penggal ketiga pesekolahan di dalam Kebun Nyior Alok. Kebun Nyior Alok merupakan jalan utama yang perlu kami tempoh untuk ke Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki Kini dah tak ada kerana telah dijadikan tapak bandar baru Pasir Puteh yang dibina mulai tahun 1977.

Waktu petang selepas mengaji Quran saya berjalan kaki ke rumah Mazlan di Kampung Dalam Kemunting Kemudian kami berjalan bersama-sama ke Tapak Sarkas di dalam Kebun Nyior Alok. Tiket cuma 20 sen. Antara pertunjukan yang kami tengok ialah Persembahan Akrobatik menggunakan tali yang diikat pada tiang besar setinggi bumbung khemah, persembahan badut, persembahan gajah dan harimau dalam sangkar. Kami amat terhibur ketika itu.

MAKANAN KEGEMARAN 1971-2020

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 119)



Sejak tahun 1971 mak saya selalu masak gulai ikan kering ,. Gulai ikan kering merupakan gulaikegemaran saya masa tinggal di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan. Jadi apbila isteri masak gulai ikan kering baru rasa jadi orang Kelantan.

MENU BERBUKA PUASA 1974.

(DAIRI GURU SEJARAH SIRI 118)



Tahun 1974, semasa darjah 4 saya masih berbuka di bawah kerana meja makan dah penuh. Jadi mak letakkan makanan ini dalam talam. Saya makan sambil diterangi lampu gaselin. Ketika itu belum ada letrik lagi di rumah. Alhamdulillah sejak kecil saya boleh makan apa saja, tanpa memilih makanan.