Sabtu, 31 Oktober 2020

MENGAMBIL PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH 5

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 133)



Penggal Ketiga Darjah 5 Persekolahan Sesi 1975 bermula pada 11 ogos 1975. Peperiksaan Percubaan Penilaian Darjah 5 diadakan dan saya mendapat 4A, 1C. Pada awal bulan September Peperiksaan Penilaian Darjah 5 bermula. Sejak kecil saya dilatih bangun awal. Sebelum subuh Che dah kejutkan untyk solat. Mak saya pula sudah siap masak nadi untuk sarapan pagi. Setelah sarapan pukul 6.55 pagi saya berjalan kaki ke SK Pasir Puteh, Lelahi menggalas beg sekolah. Dalam beg telah dimasukkan bekas pensil besi. Di dalamnya ada tiga batang pensil 2B yang diasah tajam. Dua pemadam getah dan satu penggorek pensil yang baru dibeli.

Peperiksaan Penilaian Darjah 5 berlangsung selama seminggu. Kertas Peperiksaan yang saya ambil ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmun Hisab, Sains, Tawarikh dan Ilmu Alam. Apabila selesai peperiksaan terasa hilang keletihan berjalan ke Kelas Tambahan sejauh tiga batu. Setelah keputusan diumumkan saya merasa kecewa kerana cuma dapat 3A, 1B dan 1C. Saya merasa kecewa kerana sepanjang persekolahan dari Darjah 1 hingga Darjah 5 saya tak pernah dapat B Bahasa Melayu. Kedudukan saya sebagai pelajar kedua terbaik SKPPL telah dipotong oleh Ahmad Hasnullah dan Mohd Noor Azman yang mendapat 4A. ManakalaAlias Hassan kekal sebagai pelajar terbaik dengan mendapat 5A. Dengan musnahlah harapan saya untuk ke sekolah asrama penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan