Sabtu, 31 Oktober 2020

1975-MEWAKILI SKPPL DALAM KEJOHANAN BOLASEPAK 6 SEBELAH DI SMIP KOTA BHARU.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 132)



Sebaik sahaja Penggal Pertama Sekola tahun 1975 dibuka pada 6 Januari Cikgu Hassan, Cikgu wan Hassan dan Cikgu Shaari mula membuat ujian pemilihan Pasukan Bolasepak Enam Sebelah SK Pasir Puteh, Lelaki. Saya berlatih bersungguh-sungguh untuk terpilih dalam pasukan tersebut. Apabila pasukan diumumkan nama saya tak ada kerana cikgu kata Ahmad paling rendah dan kecil dalam pasukan. Tetapi semua kawan-kawan saya memujuk cikgu memilih saya mewakili pasukan SKPPL. Ini kerana kami dah biasa bermain bersama dalam pasukan.Saya bermain sebagai sayap kanan. Bagi mereka saiz badan bukan ukuran. Akhirnya cikgu Wan Hassan bersetuju memasukkan nama saya dalam pasukan SKPPL.

Antara pemain yang terpilih mewakili Pasukan Bolasepak Bawah 11 tahun SKPPL ialah dari Kampung saya ialah Affandi Mamat, Zawawi Hassan dan Ahmad Yaakob. Pemain lain ialah anak saudara saya Abdul Halim dan Yusoff sebagai penyerang, Bakri Rosdi penjaga gol utama, Wan Sabri pemain pertahanan, Sani dan beberaoa orang lagi.

Perlawanan ini diadakan secara Karnival di Padang Sekolah Menengah Sultan Ismail Kota Bharu. Semasa perjalanan ke SMIP Kota Bharu saya menaiki kereta Guru Besar En Ismail. Sebelum naik kereta Guru Besar memberi plastik muntah seorang satu. Saya, sani, Abdul Halim dan Affandi Mamat naik kereta Guru Besar. Dalam perjalanan Sani tiba-tiba muntah, saya sendiri pun jarang naik kereta tetapi dapat menahan muntah sehingga kami selamat samapai ke SMIP., kota Bharu.

Selepas mendaftar enam pemain terpilih dalam Pasukan utama 6 sebelah daripada 12 orang pemain ialah Bakri Rosdi sebagai penjaga gol utama, Wan Sabri, Zawawi Hassan , Affndi Mamat sebagai Ketua Pasukan, Abdul Halim dan Yusof sebagai penyerang. Saya cuma pemain simpanan sahaja. Dalam Kejohanan tersebut dalam Peringkat Kumpulan kami menang dua kali dan kalah dua kali. Jadi tak layak ke separuh akhir. Gol-gol pasukan dijaringkan oleh Abdul Halim dan Yusof

Tiada ulasan:

Catat Ulasan