Isnin, 26 Oktober 2020

1974-MENONTON PERTUNJUKAN SARKAS DENGAN MAZLAN

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 120)



Sarkas atau sirkus adalah suatu kelompok yang mempersembahkan pelbagai pertunjukan merangkumi akrobat, jugel, badut, haiwan terlatih, ahli silap mata pelagak ngeri dan sebagainya untuk menghiburkan penonton ramai. Sejak Darjah 1 tahun 1971 saya kerap melihat khemah pertunjukkan sarkas di Pasir Puteh. Pertunjukan Sarkas diadakan pada Penggal ketiga pesekolahan di dalam Kebun Nyior Alok. Kebun Nyior Alok merupakan jalan utama yang perlu kami tempoh untuk ke Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki Kini dah tak ada kerana telah dijadikan tapak bandar baru Pasir Puteh yang dibina mulai tahun 1977.

Waktu petang selepas mengaji Quran saya berjalan kaki ke rumah Mazlan di Kampung Dalam Kemunting Kemudian kami berjalan bersama-sama ke Tapak Sarkas di dalam Kebun Nyior Alok. Tiket cuma 20 sen. Antara pertunjukan yang kami tengok ialah Persembahan Akrobatik menggunakan tali yang diikat pada tiang besar setinggi bumbung khemah, persembahan badut, persembahan gajah dan harimau dalam sangkar. Kami amat terhibur ketika itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan