Rabu, 28 Oktober 2020

SEJARAH KAMPUNG GONG CHAPA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 124)



Saya dilahirkan pada 28.2. 1964 di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan.[1] Tetapi Che lambat mendaftar seminggu kelahiran saya, sebab itu di dalam surat beranak tertulis tarikh lahir Ahmad bin Yaakob pada 7 Mac 1964.[2]. Umur Mak Sepiah ketika itu 45 tahun , manakala umur Che ketika itu 56 tahun.Kampung Gong Chapa dinamakan sempena pokok Chapa yang banyak tumbuh di Kampung tersebut. Menurut Che Yaakob, keluarganya berpindah ke Gong Chapa apabila berlaku ribut besar 100 tahun dahulu yang menyebabkan pokok-pokok hutan di Pasir Puteh tumbang semuanya menyembah bumi.[3]
Menurut Abang Zahari pula, keluarga Che berpindah ke Pasir Puteh setelah Kerajaan Melayu Jembal dikalahkan tentera Siam. Keluarga Che yang berasal dari keluarga Panglima Perang Kerajaan Melayu Jembal telah melarikan diri Pasir Puteh.Jarak kampung aku dengan Bandar Pasir Puteh cuma satu batu sahaja. Terlalu dekat. .Tetapi semasa zaman persekolahan saya merasa rumah aku dengan bandar agak jauh. Mungkin kerana saya berjalan kaki ke sekolah. Keluarga saya agak besar kerana mempunyai 17 adik beradik. Kat kampung tiada orang yang boleh menyaingi jumlah anak-anak Yaakob.
___________________________________
[1]Surat beranak
[2]Temu ramah Yaakob Mamat 1983.
[3]ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan