Selasa, 6 Oktober 2020

MENCARI KAYU GELAM BERSAMA CHE TAHUN 1971

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 37)



Kayu gelam berasal pokok gelam dianggap sebagai pokok yang lasak kerana mampu menahan keadaan kemarau, angin yang kuat atau suhu panas yang melampau. Di Pasir Puteh, Pokok gelam banyak tumbuh di kawasan tanah lembab di tebing sungai Semerak dan berhampiran sungai di Gong Kulim dan Hutan Gong Ngah. Kayu gelam sesuai dibuat kayu api, pagar pokok tembakau dan pondok di sawah padi.

Semasa Darjah 1, Che selalu membawa saya, Pak Ya dan abang Zahari anak-anak lelaki yang bersekolah rendah ketika itu mencari kayu gelam di Seberang Sungai Semerak. Jarak hutan gelam dengan Kampung Gong Chapa agak jauh. Kami tiga beradik lelaki bersama Che dan Mak berjalan kaki dari Kampung Gong Chapa ke Kampung Pulau Sa. Kemudian terus berjalan ke tebing sungai tempat disediakan Feri untuk menyeberang Sungai Semerak ke Hutan gelam yang terletak di Jalan ke Gong Kulim.

Apabila sampai di Hutan Gelam, Che dan Mak mengarahkan kami menebang pokok gelam sebesar betis. Apabila pokok tersebut tumbang kami kami arah menyiat kulis pokok gelam dan memotong pokok gelam tersebut setinggi pagar pokok tembakau. Kayu gelam terbut diikat dan dipkul menuju ke Feri. Kami memikul kayu gelam mengikut kemampuan masing-masing melalui Kampung Pulau Sa . Kemudian belok kekanan melalui Surau Kampung Gong Chapa dan masuk ke lorong utama balik ke rumah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan