Selasa, 20 Oktober 2020

1971-1976 TARIK UPIH PINANG

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 84)



Tarik Upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di kampung Gong Chapa,Pasir Putih Kelantan. Upih pinang adalah pelepah atau pangkal daun pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.
Pada tahun 1971 ada dua pohon pokok pnang ditanam di hujung pagar rumah saya. Pokok ini dah berbuah. Dari pokok pinang ini saya dapat upih pinang.Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Salah seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih. Upih ini boleh dinaiki seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Saya bermain upih ini bersama Nasir Mamat dan Jefri Musa selepas tamat mengaji quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan