Sabtu, 10 Oktober 2020

1970-GELARAN KERAK NASI.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 57)



Semasa berusia 6 tahun saya cuma bermain dengan kawan-kawan sebaya yang merupakan jiran dan keluarga terdekat. Dunia saya cuma di kawasan tiga bua rumah, rumah saya rumah Mak Su dan Rumah Abang Mat. Antara kawan rapat ketika itu ialah Nasir Mamat, Saupi Mamat dan Jefri Musa. Mereka merupakan dua pupu saya. Kami bermain di halaman rumah dari pagi sampai petang. Saya ketika itu comot sahaja dan dipanggil oleh Kak sebagai Kerak Nasi kerana kerap menyapu hingus dipipi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan