Sabtu, 24 Oktober 2020

1971-1976 BULAN PUASA GUNA DAPUR KAYU

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 99)



Tahun 1970-an mak saya masih menggunakan dapur kayu untuk memasak pada bulan puasa. Dapur kayu ini menggunakan kayu gelam kering sebagai bahan bakar. Sejak Darjah 1 kami sekeluarga ke kawasan tanah beris di Jalan ke Kulim, untuk menebang kayu gelam. Kayu gelam yang siap dipotong akan dipikul untuk dibawa balik ke rumah, Jarak dari rumah ke hutan kayu gelam lebih kurang 2 kilometer.
Kebiasaannya saya memikul sebatang kayu gelam sahaja. Semasa perjalanan balik kami kami akan menaiki feri kecil merentasi Sungai Semerak. Kemudian berjalan kaki melalui Kampung Pulau Sa, sampai ke rumah. Kayu gelam kering ini Che gunakan untuk membuat kayu api untuk memasak. Selebihnya dibuat pagar di sawah padi. Kayu gelam yang disimpan di bawah rumah digunakan untuk memasak pada bulan puasa. sebenarnya masakan dari dapur kayu lebih sedap dari dapur gas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan