Jumaat, 16 Oktober 2020

1971-83 MAKAN TAHI MINYAK

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 75)




sejak Darjah 1 hingga Tingkatan 6 Atas saya selalu makan tahi minyak. Tahi minyak merujuk kepada sisa pati santan yang terhasil dari proses membuat minyak kelapa dari santan. Ia boleh dimakan dan biasanya dijadikan perisa kuih. Sejak saya Darjah 1 mak selalu buat minyak masak sendiri menggunkan buah kelapa tua. Keluarga kami panggil minyak benar. Minyak ini dibuat daripada buah kelapa tua. Bekalan kelapa banyak bawah rumah kerana Che menanam pokok kelapa di tepi pagar belakang rumah. Jadi emak selalu buat minyak masak sendiri jika banyak kelapa tua yang gugur.Lagi tua kelapa lagi bagus untuk dijadikan minyak masak.


Apabila santan bertukar jadi minyak maka terdapat lebihan serdak yang di panggil Tahi Minyak.Tahi minyak ni boleh dijadikan hiasan untuk kuih koleh kacang,koleh beras dan lain-lain lagi baunya sungguh harum.Yang paling istimewanya tahi Minyak boleh di jadikan sambal yang sungguh enak sekali.[1]

________________________________

[1] http://mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com/2012/11/tahi-minyak.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan