Rabu, 14 Oktober 2020

1971-1984-MAKAN LAKSA KELANTAN.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 69)



Sejak Darjah 1 1971 hingga Tingkatan 6 Atas 1983 mak saya selalu buat laksa lemak. Laksa Pasir Puteh lebih sedap lagi kerana ada kilang kecil buat laksa untuk dijual di Pasar Lama,Pasir Puteh.
Antara tahun 1971-1976 Che masih sihat dan masih menjual ikan yang diambil dari Kuala Besut. Jadi setiap hari banyak ikan selayang segar di rumah. Emak saya siang, basuh dan bersihkan. Kemudian direbus untuk dibuat laksa lemak.
Pokok kelapa banyak Che dan Abang Noh tanam sekeliling. Selalunya abang Zolkefli yang panjat pokok kelapa untuk mengambil buah. Kemudian dia akan kopek kelapa. Ketika itu mak kukur kelapa guna korang. Kemudian perah santan dan masak kuah laksa mengguna
-kan dapur kayu .Laksa yang telah dimasak mengguna dapur lebih sedap dari laksa yang dimasak menggunakan dapur gas.
Ulam pula ialah pucuk putat, daun serai kayu, pucuk terer, pucuk mata pelanduk dan daun kesum. Bila pindah ke Permatang Shahbandar saya tanam semua pokok ulam ini di sekeliling rumah. Bila nak buat laksa atau nasi kerabu petik sahaja dari pokok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan