Khamis, 8 Oktober 2020

1971-1976 ABANG NOH BAJAK SAWAH GUNA KERBAU.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 48)




Selain jadi imam dan guru quran, Che juga menjual ikan dan bersawah padi. Tugas membajak sawah padi diserahkan kepada abang Noh. Che memelihara lima ekor kerbau. Kebau jantan digunakan untuk membajak sawah padi. Apabila tiba musim menanam padi, abang Noh akan ke sawah padi yang terletak hampir setengah kilometer dari rumah kami. Abang Noh mengambil masa empat hari untuk membajak sawah. Apabila selesai membajak sawah abang Noh akan membawa kerbau balik ke rumah dan ditambat di kawasan lapang berhampiran pokok mengkuang. Kawasan rumah kami banyak pokok mengkuang kerana mak saya mahir menganyam tikar mengkuang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan