Sabtu, 24 Oktober 2020

1972-KENANGAN MUSABAQAH AL QURAN BULAN PUASA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 102)



Tahun 1972 Musabaqah membaca al-Quran peringkat kebangsaan dan negeri diadakan pada bulan Ramadhan. Bagi kami orang kampung inilah saat yang ditunggu untuk mengikuti musabaqah ini, Tahun 1972 saya kerap mendengar pertandingan musabaqah ini dicorong radio. Kecuali kalau selepas solat tarawih Che ajak menononton TV1 di rumah Amran. Tahun 1972, hanya beberapa buah rumah sahaja di Kampung Gong Chapa yang ada television. Juara muasabaqah membaca al-Quran peringkat antarabangsa 1972 ialah ;
(1972) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1972) : En. Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
Berikut biodata Puan Hajjah Faridah Mat Saman;
Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 29 Oktober 1948 beliau adalah merupakan Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sebanyak lapan kali. Bapanya, iaitu Allahyarham Mat Saman bin Abdul Rahman berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Manakala ibunya, Allahyarham Hajjah Che Yam binti Che Had adalah bekas Johan Qariah Kebangsaan yang pertama kali diadakan iaitu pada 1960. Pn Hjh Faridah merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik (Ibrahim b Mat Saman, Rahmah bt Che Hussin, Abdul Rahman bt Che Hussin dan Hj Mat b Mat Saman).
Bakat dan kebolehan beliau mula dikesan apabila menunjukkan kemampuan untuk mengkhatamkan Al-Qur’an sejak berusia lima tahun lagi. Beliau juga menunjukkan kebolehan dalam bidang tarannum sebagaimana yang diwarisi daripada datuknya; yang juga merupakan guru tarannumnya terawal iaitu Tuan Guru Abdul Rahman bin Che Man dan nendanya Zainab binti Osman. Beliau juga mendapat didikan daripada Guru Al-Qur’an yang terkenal iaitu Ahmad bin Mat Som atau lebih dikenali dengan panggilan Ahmad Ma’Som Pergau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan