Jumaat, 9 Oktober 2020

1971- GURU KELAS DARJAH 1A CIKGU ASIAH.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 51)



Semasa masuk Darjah 1 di SK Pasir Puteh, Lelaki guru kelas saya ialah Cikgu Asiah. Cikgu Asah mengajar kami Kelas 1A membaca, menulis dan mengira. Jadi sepanjang belajar Darjah 1 tahun 1971 hanya cikgu Asiah seorang sahaja mengajar kelas kami. Cikgu Asiah seorang guru krlas yang baik dan penyayang. Beliau jarang marah kami. Walaupun ada pelajar yang agak nakal dalam kelas.

Antara kawan-kawan sekelas ketika itu ialah Nasir Mamat, Zawawi Hassan, Mahizam Kadir, Affendi Mamat, Dasuki Ismail, Abdul Halim Abdul Rahman. Alias Hassan dilantik menjadi Ketua Darjah 1. Rakan-rakan lain ialah Khairuddin, Marzuki, Yusuf, Azami Kadir, Fadhir, Nik Azman Salleh,Wan sabri, Mazlan, Abang Li, Ayah Wadi, Nik Rahim, Nik Muhammad, Bakri Rosdi, Nordin Mukti, Asri, Tuan Kob Tuan Sulaiman Osman dan Mohd Noor Azman. Kelas kami 1A terletak di Bangunan Kayu setingkat berhampiran dengan Kantin Sekolah SKPPL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan