Selasa, 20 Oktober 2020

1973-TEKA JAM DINDING

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 85)



Pada tahun 1973 Cikgu Ibrahim mengajar Ilmu Hisab kelas saya Kelas 3A. Cikgu Ibrahim berasal dari Padang Pak Amat dan merupakan anak sepupu Mak saya. Tajuk yang diajar pada pagi itu ialah meneka jam. Sebaik sahaja memulakan kelas Cikgu Ibrahim meletakkan jam dinding besar tidak bernombor di Papan Hitam. Hampir separuh pelajar meneka jam 9,00 pagi dengan meletakkan jarum jam tetapi semua salah. Apabila tiba giliran saya saya meletakkan jarum panjang pada no 12,00 dan jarum pendek pada no sembilan. Cikgu Ibrahim mengucapkan tahniah kerana tekaan saya tepat. Semua kawan-kawan sekelas bertepuk tangan.

Ketika itu saya mendapat tempat kedua dalam Darjah 1A dan Alias Hassan kekal menjadi pelajar paling pandai dalam kelas kami. Sebenarnya mak saya dah ajar di rumah cara membaca jam dinding, sebab itu dengan mudah saya dapat meneka jam pukul 9.00. Terima kasih dan al-Fatihah untuk allayarhamah mak saya yang telah meninggal dunia tahun 2000 pada usia 82 tahun.

Keterangan jam pukul 9.00 pagi.

i. Gambar Jam pada pukul 09.00

Jarum pendek menunjuk ke arah angka 9 ( Sembilan )

Jarum panjang menunjuk ke arah angka 12 ( Dua Belas )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan