Khamis, 8 Oktober 2020

1971-1983 BURUNG BANGAU PUTIH ATAS BELAKANG KERBAU.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 50)







Semasa zaman kanak-kanak hingga saya Tingkatan 6 Atas, setiap hari minggu saya akan ke sawah padi di belakang rumah untuk melihat burung bangau di atas belakang kerbau. Saya merasa seronok dan merasa tenang melihat ratusan ekor burung bangau itu berterbangan di kawasan sawah sambil mencari makanan.Burung ini hanya datang untuk makan siput dan ikan kecil di kawasan sawah yang sudah dibajak. Sambil makan burung bangau putih ini akan bertengek di atas belakang kerbau Che saya. Tetapi kami tak pernah menangkap burung bangau putih ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan