Ahad, 18 Oktober 2020

KERJA SAYA ZAMAN SEKOLAH DI KAMPUNG GONG CHAPA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH 79)



Tahun 1971-1983 saya membantu Che buat kerja sawah padi di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh. Sejak zaman kanak-kanak saya membesar di kawasan sawah padi. Ketika itu padi ditanam sekali setahun.

Proses menanam padi bermula dengan membajak sawah. Sejak tahun 1971 abang Noh membajak sawah guna kerbau. Kemudian benih padi ditabur atas tapak semaian. Sebulan lepas itu benih padi yang tinggi sekaki dicabut dan diangkut ke sawah padi yang telah siap dibajak. Kami kemudiannya mencedung padi. Bila masuk bulan November dan Disember kerap berlaku banjir. Air banjir menyuburkan tanaman padi. Selepas banjir bulan Mac musim menuai padi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan