Selasa, 13 Oktober 2020

1971-1983 MEMBELA ITIK TELUR.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 64)



sejak tahun 1971 emak saya membela itik telur dan itik serati. Tugas saya memberi itik makan hampas kelapa dan sekam padi. Kalau bukan musim padi masak itik boleh dilepaskan di sawah padi di belakang rumah. Tetapi kaau musim padi itik kena kurung dalam reban kerana itik suka makan padi yang sudah masak.

Seronok juga bela itik telur dan itik serati. Telur itik ni mak saya buat telur masin. Itik serati pula bila ramai adik beradik balik musim raya, che akan sembelih seekor untuk dibuat gulai. Kami sekeluarga suka makan gulai itik serati. Dagingnya pejal dan rasanya sedap. Cuma itik serati ni bila disembelih lambat mati. Kadang=kadang boleh terbang atas pokok yang rendang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan