Isnin, 19 Oktober 2020

1971-1983 MAKAN GULAI SIPUT SAWAH PADI

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 83)



Gulai kuning siput sawah padi bersama daun kaduk merupakan masakan yang biasa mak saya buat masa selepas menuai padi pada bulan Mac.siput ini boleh didapati dengan banyak di sawah padi selepas musim menuai ataupun di tali air. Siput ini juga banyak hidup dalam Sungai Lubuk Talam yang terletak berhampiran sawah padi keluarga kami.

Selepas mengutip siput sawah ini dan dibawa balik ke rumah. Siput ini dibasuh bersih, Hujung siput ini ditiri untuk memudahkan untuk disedut apabila makan dengan nasi. Antara bahan yang mak saya gunakan untuk memasak siput ini ialah siput yang telah dibersihkan dan dititik, santan,kunyit, lengkuas, daun kaduk, bawang, cili hijau dan cili merah. Gulai ini sedap dimakan dengan ikan tawar cicah budu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan