Ahad, 11 Oktober 2020

1971-1976 STERIKA ARANG

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 49)
















foto-http://bluesriders.blogspot.com/2010/04/seterika-arang-tembaga-berbentuk.html

Sebaik saya memasuki alam persekolahan, kakak saya Rahimah Yaacob yang menggosok baju dan seluar sekolah saya. Ketika itu belum ada letrik lagi. Oleh itu kami menggunakan strika arang. Prosesnya lambat juga kerana kat rumah hanya ada tempurung



, arang tak ada, Jadi kakak saya akan mengisi tempurung kelapa yang dipecahkan guna kapak dan membakar tempurung kelapa kering hingga menjadi bara. Apabila sterika panas barulah boleh digunakan untuk menggosok baju dan seluar sekolah. Apabila kakak saya Rahimah berkahwin dan menjadi peneroka Felda pada pertengahan tahun 1971, kakak sayanAsiah Yaakob pula tolong gosok baju dan seluar sekolah saya. Alhamdulillah masa Darjah 3 barulah saya boleh menggosok baju dan seluar sekolah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan