Jumaat, 23 Oktober 2020

1972-BUKU KERJA BAHASA MELAYU DARJAH 2.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 89)


sumber-http://skbt-trg.blogspot.com/2011/06/buku-kerja-darjah-2-tahun-1971.html

Penulis Blog Zukafli menulis inilah buku kerja darjah 2 pada tahun 1971. Tulisan di blog ini mengingatkan saya pernah mengguna buku yang sama semasa Darjah 2. Menurut beliau, “terdapat cerita gagak yang dahaga, 3 budak hitam, anjing dengan bayang-bayang. Ejaan dahulu huruf E ada tanda senang nak eja kerana ada tanda dan tak ada tanda bunyinya berlainan.”1

Semasa belajar dalam Darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki kelas saya masi di Bangunan Lama Setingkat berbentuk rumah, Kelas saya terletak nombor 3 dari pintu utama ke Kantin Sekolah SKPPL. Sepanjang tiga penggal pesekolah tahun 1972 saya cuma dapat nombor 2 sahaja dalam kelas 2A dan masih gagal menyaingi pelajar paling pandai dalam Kelas 2A, Alias Hassan. Ketika itu saya terkejut kerana nama Ahmad ada dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah 2, Contoh ayat Ahmad, Muthu dan Tong Seng berjalan kaki bersama-sama ke sekolah.

________________________________________

1http://skbt-trg.blogspot.com/2011/06/buku-kerja-darjah-2-tahun-1971.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan