Khamis, 8 Oktober 2020

1971- TUNGGANG KERBAU BALIK RUMAH

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 49)



Setiap kali abang Noh membajak sawah padi kami saya ikut sama. Seronok melihat Abang Noh guna kerbau membajak sawah. Semasa sawah dibajak banyak juga ikan sawah yang kelaur seperti ikan haruan, puyu dan ikan keli lembut. Kat kampung saya ikan keli lembut berwarna kuning dan lebih sedap dimakan berbanding ikan keli kayu yang berwarna kehitaman. Sawah padi Che terletak jauh di tengah sawah berhampiran Sungai Lubuk Talam.

Apabila siap membajak sawah pada hari minggu abang Noh meletakkan saya ke atas belakang kerbau dan menonton kerbau balik ke rumah. Alhamdulillah tak payah berjalan balik meredah sawah padi. Seronok juga menunggang kerbau kerana kerbau jantan kami jinak dan mesra alam. Itulah kehidupan saya pada hari minggu semasa musim membajak sawah dan menanm padi. Ketika itu kelaurga saya menanam padi sekali setahun. Pokok padi ini tinggi melepasi kepala saya dan berbuah lebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan