Khamis, 8 Oktober 2020

1969-MULA BELAJAR MEMBACA AL QURAN DAN SOLAT

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 47)



Che mula mengajar quran sejak 1940-an, selepas tamat belajar di Pondok Kenali dan beberapa buah pondok lain. Rumah kami merupakan pusat kanak-kanak Kampung Gong Chapa, Kampung Temila belajar Al Quran. Ada juga pelajar dari Kampung Dalam Kemunting, Kampung Pulau Sa dan kampung lain. Jadi bila masuk umur lima tahun dengan izin Allah Che mula suruh saya belajar quran dan solat. Sebelum mengaji quran kawan-kawan yang datang akan menimba air dari perigi dan mengisi dalam tempayan besar dekat tangga depan naik ke rumah. Ini kerana sebelum naik ke rumah mengaji quran semua murid-murid wajib mengambil air sembahyang dan membasuh kaki. 

      Che akan mengajar kanak-kanak yang membaca muqadam dahulu. Seorang kanak-kanan perempuan yang berumur lima tahun turut datang mengaji.Murid baru itu ialah Norazimah Abdullah yang tinggal berdekatan dengan Masjid Kampung Gong Chapa. Dia kemudiannya belajar sekelas dengan saya semasa Tingkatan 1 Khas di SMK Kamil. Ketika itu saya terambil reha kat kampung saya panggil gaha. Ini menyebabkan Norazimah menangis kerana gahanya hilang. Apabila menyedari terambil gaha orang saya memohon maaf dan segera memulangkan gaha tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan