Isnin, 19 Oktober 2020

1971-1976 MENGUTIP BUAH POKOK PAUH SIAM.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 82)




Pada tahun 1970-an di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan terdapat sepohon pokok pauh siam yang sangat besar dan tinggi. Bila musim buah masak banyak buah yang gugur. Buahnya besar dan manis. Sangat enak dimakan begitu sahaja. Pemilik pokok ini ialah keluarga sahabat saya Mahizam Kadir. Pemilik pokok Pauh Siam ini sangat baik hati kerana mebenarkan kanak-kanak memungut bauh pauh siam yang gugur. Ketika itu selepas susbuh saya, abang Zakaria dan Abang Zahari datang untuk memungut buah pau yang gugur. Biasanya saya amil sebiji sahaja. Ketika memungut buah pauh ini kami masih lagi memakai baju tidur berbelang macam langsir rumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan