Sabtu, 10 Oktober 2020

1971-PEPERIKSAAN DARJAH 1

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 55)



Pada hari pertama persekolahan Darjah 1, saya tidak menangis dan dapat menyesuaikan diri di sekolah walau pun tak pernah masuk tadika. Lama-lama kelamaan saya dah serasi memakai baju kemeja putih, seluar pendek berwarna biru dan lencana besi SKPPL.Saya mula belajar menulis, membaca dan mengira dengan Cikgu Asiah.

Semasa Peperiksaan Penggal Pertama Alias Hassan mendapat no 1, Wan Sabri no 2 dan Osman nor 3. Sya cuma dapat no empat dalam kelas. Bagaiman pun semasa Pwpwriksaan Penggal kedua saya mendapat no tiga dalam kelas !A. Alias Hassan dapat no satu dan Wan Sabri tempat kedua dalam kelas. Tetapi semasa Penggal Ketiga berlaku perubahan Alias Hassan mendapat tempat pertama, saya dapat tempat kedua dan Wan Sabri tempat ketiga. Che merasa bersyukur dan gembira kerana Ahmad dapat nombor dua dalam Kelas 1A.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan