Khamis, 22 Oktober 2020

1973-MALAYSIA JUARA PESTABOLA MERDEKA

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 86)

Kejohanan Pestabola Merdeka 1973 adalah edisi ke 17 dalam pertandingan Pestabola Merdeka yang di anjurkan oleh Malaysia. 10 pasukan telah mengambil bahagian. Saya ketika itu baru Darjah 3 dan mengikuti perkembangan Kejohanan Pestabola merdeka melalui akhbar Utusan Malaysia dan ulasan Arena Sukan di Radio. Saya minat membaca jadi duit belanja sekolah saya gunakan untuk membeli Utusan Malaysia sekali seminggu. Antara pengulas sukan terkenal ketika itu ialah allahyarham Zulkarnain Hassan.

Pestabola Merdeka tahun 1973 menyaksikan dua pendatang baru iaitu Kuwait dan Bangladesh. Malaysia menumpaskan Kuwait 3-2 dalam perlawanan pembukaan. Selepas kejayaan iyu, pasukan tuan rumah menewaskan Khmer 1-0.tetapi seri 2-2 menentang Thailand, sebelum membelasah India 4-0.Dalam pertemuan dengan Korea Selatan , Malaysia tewas 1-2. Keputusan seri dengan Thailand meletakkan Malaysia di belakang Korea Selatan dalam Kumpulan A. Korea mengumpul 6 mata sementara Malaysia 5 mata.

Begitu pun kedua-dua pasukan layak ke separuh akhir. Malaysia mengalahkan Juara Kumpulan B, Burma 2-1 dan menempah pertemuan menentang Kuwait yang menyingkirkan Korea Selatan 1-0. Malaysia ketinggalan 0-1 pada perlawanan menentang Kuwait, tetapi sentuhan Mokhtar Dahari pada minit ke-14 menghidupkan peluang. Harun Jusoh menambah gol kedua pada minit ke-20. Sebelum Mokhtar sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-57.


foto-bazookapenaka.com

Barisan pemain-pemain Malaysia seperti dibawah:

1 – R Arumugam

2 – Namat Abdullah

5 – M Chandran

3 – Soh Chin Aun

6 – Wong Voon Leong

11 – Shaharudin Abdullah

4 – Shukor Salleh

16 – Wong Choon Wah

15 – Rahim Abdullah

10 – Mokhtar Dahari

14 – Harun Jusoh


Simpanan

9 – Santokh Singh

8 – Wan Hassan

17 – Ibrahim Zakaria

7 – V Thavirajan.1

____________________________

1https://bazookapenaka.com.my/2012/01/retro-bola-malaysia-v-kuwait-final-pestabola-merdeka-1973/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan