Rabu, 14 Oktober 2020

1971-1976 SERKAP IKAN DI BARUH PAK ISA.

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 68)


sumber foto-internet

Setiap tahun pada bulan selepas musim menuai pada penduduk Kampung Gong Chapa, mengadakan pesta menangkap ikan di Baruh Pak Isa. Baruh Pak Isa luas dan dalam. Ada tempat air sawah baruh Pak Isa separas paha saya. Tiga orang abang saya pandai menggunakan serkap untuk menangkap ikan. Mereka ialah Abang Din, Abang Noh dan Abang Zulkifli. Saya ketika itu Darjah 1 hanya melihat dari atas batas sambil berteduh di bawah pokok mengkuang yang tumbuh subuh di tebing parit tali air kampung kami.Ketika itu saya takut lintah keran abaruh Pak Isa terkenal banyak lintah.

      Mengapa Baruh Pak Isa Dalam? Sebenarnya parit tali air Kampung Gong Chapa berakhir di baruh Pak Isa. Ini menyebabkan Baruh Pak Isa dalam dan banyak ikan seperti haruan, ikan keli kayu, ikan keli lembut, ikan puyu, ikan kepal dan lain-lain banyak membiak di sini. Ketika itu semua peserta menangkap ikan menggunakan serkap buluh. Paling ikan yang dapat ditangkap oleh ketiga-tiga abang saya ialah ikan keli kayu. Tetapi mereka pandai membuat sengat keli. Kini hanya tinggal kenangan ketiga-tiga abang saya telah pun meninggal dunia. Al Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan