Khamis, 22 Oktober 2020

1971-1976 KENANGAN BERAYA DI RUMAH NENEK

 KENANGAN 1970-AN

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 87)


Setiap kali Hari Raya Aidilfitri, saya adik-beradik berjalan kaki ke rumah nenek. Nenek saya tinggal di rumah kakak Mariam Yaacob di Kampung Gong Kua. Jarak dari rumah kami ke rumah nenek lebih kurang sebatu setengah. Dari Gong Chapa kami berjalan melalui jambatan kayu sungai Rasau. Kemudian melalui Kampung Dalam Kemunting, Cabang Tiga tempat Pemeriksaan Polis. Terus ke bandar hingga sampai ke Pasar Lama Pasir Puteh. Selepas itu kami akan melalui Jambatan Kayu Sungai Semerak dan melalui jalan tanah berih. Kemudian sampailah ke Kampung Gong Kua.
Apabila sampai rumah nenek, kami kena sergah, “Siapa suruh datang balik sekarang!. Saya merasa sangat sedih, rasa nak menangis kerana penat berjalan kaki dan peluh pun belum kering dah disuruh balik. Kami tak dibenarkan masuk rumah kakak.
Mengenangkan sikap nenek, Saya simpati dengan nasib mak saya yang berkahwin ketika berusia 12 tahun. Dapat pula mak mertua yang tak suka mak saya menjadi isteri kedua Che, setelah isteri Che meninggal dunia. AL- fATIHAH untuk nenek, mak, Che dan kakak saya yang telah meninggal dunia. Coretan ini hanya untuk iktibar sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan