Ahad, 18 Oktober 2020

1972-PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA KE SUKAN OLIMPIK.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 80)





Kegemilangan pasukan Malaysia tahun 1972 berterusan dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan Abdullah Nordin. Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menewaskan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina sepanjang pusingan kelayakan.Salleh bin Ibrahim (1 November 1947 – 8 Mac 2020) ialah pemain bola sepak Malaysia. bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia serta bertanding dalam kejohanan lelaki ketika Sukan Olimpik Musim Panas 1972.[2]

Allahyarham dikenali sebagai pemain kental di penjuru sayap yang dilahirkan di Kedai Ketereh, Kelantan, adalah antara wira negara di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman, dengan menyumbang gol kedua pada minit ke-61 ketika Malaysia menewaskan Amerika Syarikat 3-0 di Ingolstadt pada peringkat kumpulan.[3] Peristiwa yang menjadi kenangan ialah, anggota Skuad Olimpik 1972, Sallaeh Ibrahim pernah datang ke rumah saya pada tahun 1970-an. Beliau merupakan kenalan ayah saya. Ketika itu saya bersalam dengan Saleeh Ibrahim dan tak tahu pun dia pemain bola sepak Malaysia.

__________________________________________

[1]https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Malaysia

[2]https://ms.wikipedia.org/wiki/Salleh_Ibrahim

[3]https://www.astroawani.com/berita-sukan/allahyarham-salleh-ibrahim-generasi-emas-sukar-disaingi-kafa-232954

Tiada ulasan:

Catat Ulasan