Rabu, 7 Oktober 2020

1964- LAHIR KE DUNIA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 42)





Saya dilahirkan pada hari Jumaat 28 Februari 1964. Tetapi Che mendaftar surat beranak lewat, sebab itu tarikh lahir saya dalam surat beranak ialah 7 Mac 1964. Mungkin peraturan PejabatPendaftaran Negara ketika itu longgar. Kalau sekarang lewat daftar kelahiran akan didenda.Hari Raya Haji pertama saya sambut pada 23.4.1964 ketika itu saya berusia dua bulan, tak ingat apa-apapun. Agak malang saya tak ada gambar masa bayi seperti orang lain. Tetapi saya akur kerana Che hidup susah masa tu mana nak cari kemera. Menurut Kakak aku Rahimah semasa bayi aku banyak kudis jadi pertandingan bayi cantik Chapa dimenangi oleh allahyarham Tuan Kob Tuan Mat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan