Sabtu, 24 Oktober 2020

1971-KENANGAN BERPUASA DI KAMPUNG GONG CHAPA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 106)



Semasa tinggal di Kampung Gong Chapa pada tahun 1971, masa yang paling seronok ialah bila masuk bulan puasa. Bulan puasa pada tahun 1971 jatuh pada hari Isnin 9 Oktober 1971 dan hari raya pertama jatuh pada 8 November 1971. Ketika itu saya berumur 7 tahun dan dah berpuasa sebulan penuh. Saya pun dah ikut Che dan Mak solat sembahyang terawih di Surau Kampung Gong Chapa. Che menjadi Imam solat terawih di Surau itu. Ramai kanak-kanak yang sebaya dengan saya yang sembayang di surau ketika itu. Selepas solat terawih kami dijamu dengan pelbagai kueh seperti sagupal. Ketika itu penduduk Kampung Gong Chapa bergilir-gilir membuat kueh. Setiap kali kena giliran, Mak akan membuat kueh lompat tikam.1

Menu utama berbuka puasa ketika itu ialah gulai lemak ikan, sayur sawi,ikan kembung percik dan ayam percik. Ketika itu ayam banyak kat reban jadi cuma perlu tangkap dan Che akan sembelih ayam tersebut.Setiap kali berbuka puasa saya makan di bawah . Manakala adik-beradik yang lebih tua makan di meja makan. Ketika itu yang berada di rumah ialah Abang Li, Abang Noh, kakak Asiah Rahimah. Manakala yang masih bersekolah ialah kakak Asiah yang masuk Tingkatan 1 Sekolah Menengah Anika Jurusan. Zahari dan Zakaria bersekolah dalam darjah Tiga dan Empat di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh. Lelaki.2 Kini Che, mak, Abang Li, Abang Noh, Zahari, kakak Asiah dan Rahimah dah meninggal dunia. Al-Fatihah.

1Temubual dengan Mak tahun 1980.

2Ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan