Ahad, 25 Oktober 2020

1973-ABANG IPAR BELI BAJU RAYA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 109)



Tahun 1973 ketika saya Darjah 3 Hari Raya Puasa jatuh pada 24 Oktober 1973. Seminggu sebelum raya puasa che telah membeli sehelai baju raya berwarna hijau. Saya tak minat warna hijau, jadi saya protes tak pakai masa raya nanti. Saya kena marah. Apabila abang ipar saya balik dari Jengka 4 untuk beraya di Kampung Gong Chapa, dia melahirkan rasa simpati. Tambahan itulah abang ipar yang paling rapat dengan saya. Hari Sabtu 20 Oktober 1973 saya dibawa ke tempat menjual baju raya di tepi Sungai Semerak berhampiran Jambatan kayu ke Kulim.
Ketika itu baju raya dijual secara longgok sahaja di bawah pokok yang rendang di tepi sungai dekat Pasar Lama. Harga baju T.Shirt warna biru tu Cuma $5.00 sahaja. Saya minta maaf dengan Che kerana protes baju raya. Sebenarnya saya suka warna biru sahaja .Sampai tahun 2020 semua baju dan pakaian yang saya beli berwarna biru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan