Selasa, 6 Oktober 2020

1970-CHE MENJADI GURU TADIKA PERTAMA

 BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 36

Semasa enam tahun Che tidak menghantar saya ke Tadika. Masa itu belum ada kelas tadika Kemas di Kampung Gong Chapa. Jadi Che sendiri ajar saya membaca A,B,C dan menulis. selepas merdeka Che masuk Kelas Dewasa untuk belajar menulis dan membaca. Berkat kerajinan belajar saya dapat membaca, walaupun tidak lancar sangat. Ketika itu Mak Nah selalu menyuruh saya mengeja dan membilang apabila berjumpa kami semasa ke tempat che tanam tembakau berhampiran Sungai Lubuk Talam . Saya merasa amat malu bila disuruh membaca dan membilang angka, tetapi kerana Che yang suruh saya buat juga. Ujian Mak Nah ini dilakukan setiap hari apabila kami melalui kawasan tanaman tembakau Mak Nah. Masa itu saya kerap mencuri baca buku Pak Ya yang ketika itu bersekolah di SK Lelaki Pasir Puteh dalam darjah dua.[2]

_____________________________

[1] Biografi ahmad Yaakob,8

[2] Ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan