Sabtu, 10 Oktober 2020

1971-2000 MAKAN BUAH LIMAU MANIS.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 57)



Che menanam empat pokok limau di halaman rumah dan dua pokok limau manis dibelakang rumah. Alhamdulillah limau ini berbuah lebat. Jadilah dapat kami sekeluarga makan limau manis apabila musim limau berbuah. Mulai tahun 1980 pokok limau mula berbuah sepanjang tahun. Pokok limau pun dah tinggi. Jadi nak makan limau saya kena panjat pokok tersebut. Tetapi kena hati-hati kerana banyak kerengga bersarang atas pokok limau.

Mulai tahun 1980 saya terpaksa panjat pokok limau untuk membuat pokok dedalu yang mula tumbuh di dahan pokok limau. Ancaman pokok dedalu ini menyebabkan pokok limau mula tidak subur lagi, tetapi masih berbuaj. Selepas mak saya meninggal dunia tahun 2000 pokok limau yang Che tanam sudah tidah subur lagi. Akhirnya semua pokok limau mati. Kini tinggal kenangan sahaja.

FOTO-http://animhosnan.blogspot.com/2017/06/limau-manis-kajian-kes.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan