Sabtu, 31 Oktober 2020

MENGAMBIL PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH 5

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 133)



Penggal Ketiga Darjah 5 Persekolahan Sesi 1975 bermula pada 11 ogos 1975. Peperiksaan Percubaan Penilaian Darjah 5 diadakan dan saya mendapat 4A, 1C. Pada awal bulan September Peperiksaan Penilaian Darjah 5 bermula. Sejak kecil saya dilatih bangun awal. Sebelum subuh Che dah kejutkan untyk solat. Mak saya pula sudah siap masak nadi untuk sarapan pagi. Setelah sarapan pukul 6.55 pagi saya berjalan kaki ke SK Pasir Puteh, Lelahi menggalas beg sekolah. Dalam beg telah dimasukkan bekas pensil besi. Di dalamnya ada tiga batang pensil 2B yang diasah tajam. Dua pemadam getah dan satu penggorek pensil yang baru dibeli.

Peperiksaan Penilaian Darjah 5 berlangsung selama seminggu. Kertas Peperiksaan yang saya ambil ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmun Hisab, Sains, Tawarikh dan Ilmu Alam. Apabila selesai peperiksaan terasa hilang keletihan berjalan ke Kelas Tambahan sejauh tiga batu. Setelah keputusan diumumkan saya merasa kecewa kerana cuma dapat 3A, 1B dan 1C. Saya merasa kecewa kerana sepanjang persekolahan dari Darjah 1 hingga Darjah 5 saya tak pernah dapat B Bahasa Melayu. Kedudukan saya sebagai pelajar kedua terbaik SKPPL telah dipotong oleh Ahmad Hasnullah dan Mohd Noor Azman yang mendapat 4A. ManakalaAlias Hassan kekal sebagai pelajar terbaik dengan mendapat 5A. Dengan musnahlah harapan saya untuk ke sekolah asrama penuh.

1975-MEWAKILI SKPPL DALAM KEJOHANAN BOLASEPAK 6 SEBELAH DI SMIP KOTA BHARU.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 132)



Sebaik sahaja Penggal Pertama Sekola tahun 1975 dibuka pada 6 Januari Cikgu Hassan, Cikgu wan Hassan dan Cikgu Shaari mula membuat ujian pemilihan Pasukan Bolasepak Enam Sebelah SK Pasir Puteh, Lelaki. Saya berlatih bersungguh-sungguh untuk terpilih dalam pasukan tersebut. Apabila pasukan diumumkan nama saya tak ada kerana cikgu kata Ahmad paling rendah dan kecil dalam pasukan. Tetapi semua kawan-kawan saya memujuk cikgu memilih saya mewakili pasukan SKPPL. Ini kerana kami dah biasa bermain bersama dalam pasukan.Saya bermain sebagai sayap kanan. Bagi mereka saiz badan bukan ukuran. Akhirnya cikgu Wan Hassan bersetuju memasukkan nama saya dalam pasukan SKPPL.

Antara pemain yang terpilih mewakili Pasukan Bolasepak Bawah 11 tahun SKPPL ialah dari Kampung saya ialah Affandi Mamat, Zawawi Hassan dan Ahmad Yaakob. Pemain lain ialah anak saudara saya Abdul Halim dan Yusoff sebagai penyerang, Bakri Rosdi penjaga gol utama, Wan Sabri pemain pertahanan, Sani dan beberaoa orang lagi.

Perlawanan ini diadakan secara Karnival di Padang Sekolah Menengah Sultan Ismail Kota Bharu. Semasa perjalanan ke SMIP Kota Bharu saya menaiki kereta Guru Besar En Ismail. Sebelum naik kereta Guru Besar memberi plastik muntah seorang satu. Saya, sani, Abdul Halim dan Affandi Mamat naik kereta Guru Besar. Dalam perjalanan Sani tiba-tiba muntah, saya sendiri pun jarang naik kereta tetapi dapat menahan muntah sehingga kami selamat samapai ke SMIP., kota Bharu.

Selepas mendaftar enam pemain terpilih dalam Pasukan utama 6 sebelah daripada 12 orang pemain ialah Bakri Rosdi sebagai penjaga gol utama, Wan Sabri, Zawawi Hassan , Affndi Mamat sebagai Ketua Pasukan, Abdul Halim dan Yusof sebagai penyerang. Saya cuma pemain simpanan sahaja. Dalam Kejohanan tersebut dalam Peringkat Kumpulan kami menang dua kali dan kalah dua kali. Jadi tak layak ke separuh akhir. Gol-gol pasukan dijaringkan oleh Abdul Halim dan Yusof

1975-BERJALAN KAKI TIGA BATU KE KELAS TAMBAHAN

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 131)



Awal Januari hingga Sepetember Cikgu Shaari mengadakan Kelas Tambahan Percuma di Sekolah Arab swasta Ata Zib. {nama panjang lupa). Cikgu menjemut kami untu belajar percuma di situ. Ketika itu SK Pasir Puteh tidak dapat mengadakan kelas tambahan petang kerana SK Kamil 2 menumpang di SK Pasir Puteh, Lelaki pada Sesi petang. Saya minat belajar. Jadi balik sekolah pukul 12.30 tengahari saya terus mandi. Kemudian solat zuhur dan mengaji Quran.

Kemudian galas beg kecil berjalan kaki ke kelas tambahan sejauh tiga batu dari Kampung Gong Chapa. Kelas bermula pukul tiga petang dan tan tamat pukul 5.00 petang. Itulah rutin hidup saya setiap petang Rabu dan Khamis. Ketika itu saya berazam untuk mendapat 4A sahaja dalam Peperiksaan UPSR kerana saya tidak pandai Bahasa Inggeris. Satu petang Ustaz Mat Ali terserempak dengan saya berjalan kaki di Jambatan Sungai Rasau. Beliau simpat melihat saya berjalan kaki ke Kelas Tambahan. Lalu menghantar saya ke Sekolah Arab Swasta tersebut dengan motor Vespa. Masuk bulan kedua berjalan kaki ke kelas tambahan Che minta saya pinjam basikal kakak Asia untuk ke Kelas Tambahan. Ketika itu saya sempat berkawan dengan pelajar cemerlang SK Kamil 1, Shamsudin Harun yang mendapat 5A Penilaian Darjah 5 dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Syah, Kuala Lumpur. 1Saya cuma mendapat 3A, 1B dan C Bahasa Inggeris.

1Cenderamata Jubli Perak Sekolah Kamil, Pasir Puteh 1954-1979.,60

1975-SUKATAN PELAJARAN TAWARIKH DARJAH 5.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 130)



Setelah belajar Tawarikh Darjah 4, tahun 1975 saya mula belajar Tawarikh Darjah 5. Cuma tahun ini kena belajar betul-betul kerana subjek ini subjek Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Sejak dari tahun 1975 saya mula minat sejarah dan akhirnya menadi Guru Sejarah selama 30 tahun. Kemahiran saya alah Sejarah STPM Tingkatan 6. Antara Kandungan Sukatan Pelajaran Sejarah Darjah 5 ialah;

BAB

KEDATANGAN BANGSA EROPAH

1. Melaka ditawan Pourtugis

2. Melaka dibawah pemerintahan Portugis.

3. Belanda di Asia Tenggara.

4.Inggeris Kembali ke Asia Tenggara.

5. Raffles Dengan Pembukaan Singapura.

CERITA-CERITA DARI CHINA

6. Shih Huang Ti – Maharaja China Yang Pertama

7.Pemberian Nagara China Kepada Tamadun Manusia.

8.Ghenghis Khan.

9.Kublai Khan.

CERITA-CERITA DARI NEGERI INDIA

10. Asoka Raja Yang LemahLembut.

11.Akbar Yang Agong.

12.Pemberontakan di India.

13. Menuntut Kemerdekaan.

14. Mohammad Ali Jinnah.1

Guru Tawarikh saya ialah Cikgu Tuan Soh. Saya masih ingat lagi Cikgu Tuan Soh menceritakan pengkhianatan Si Kitol menyebabkan Melaka jatuh ketangan Portugis.Si Kitol adalah rakyat yang belot dan memainkan peranan kepada kehancuran Melaka. Si Kitol lah yang berperanan sebagai dajjal menabur fitnah dan memecah belahkan orang melayu mengakibatkan kemusnahan kerajaan Melaka yang dulunya gah di seluruh pelosok dunia.

1http://harithsidek.blogspot.com/2013/01/buku-klasik-buku-teks-sekolahsuatu.html

Jumaat, 30 Oktober 2020

1975-BUKU TEKS SPBT BARU PERCUMA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 129)



Dalam jangkamasa Rancangan Malaysia ke-4, kerajaan mensasarkan semua pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan menerima faedah skim pinjaman buku teks. Tahun 1975 SPBT yang mula diperkenalkan pada tahun 1974 mula dilaksanakan ke seluruh negara mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.1 Saya antara pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang layak menerima buku teks SPBT tahun 1975. Hakikat sebenarnya semau pelajar kelas saya darjah 5A dan pelajar darjah 5 B dapat buku teks percuma. Guru kelas minta kami beli pembalut dan balut buku teks dalam kelas.

Antara buku teks ini ialab Buku Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Sains, Tawarikh, Ilmu Alama, Tata Rakyat dan Kesihatan. Ini bermakna Che tak pelu lagi membeli buku teks seperti tahun 1971 hingga tahun 1973. Ketika itu buku latihan dan buku kerja saya pula dibeli oleh Abang Zulkifli. Beliau berharap saya dapat masuk ke sekolah Asrama penuh.

_________________________________________

1https://www.moe.gov.my/pekeliling/2799-surat-pekeliling-ikhtisas-kementerian-pendidikan-malaysia-bilangan-5-tahun-2017-dasar-pinjaman-buku-teks-kepada-murid-di-bawah-skim-pinjaman-buku

KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU TAHUN 1975.

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 128)



Tahun 1975, ialah zaman transisi, zaman gelap kepada zaman kebangkitan Islam. Siapa yang sempat hidup dizaman ini pasti banyak cerita akan jahiliah melayu. Iklan arak dan minum arak masih biasa, tak solat dan tak puasa juga biasa kepada kebanyakan masyarakat. Lihat gaya bohemian anak-anak kampus termasuk pimpinan pelajar. Gaya woodstock ,hippies sebagai lambang penentangan kepada perang Amerika di Vietnam.1 Ketika saya darjah 5 , pemakaian tudung belum lagi diamalkan. Kaum ibu dan anak gadis cuma memakai baju kurung dan selendang di kampung. Pelajar Sekolah Menengah memakai skirt ke sekolah. Amalan memuja semangat padi, puja pantai dan mandi safar masih diamalkan. Ramai juga masih percaya pada bomoh dan Main Teri untuk merawat pesakit. Saya ketika itu ke SK Pasir Puteh Lelaki memakai seluar pendek warna biru dan baju T-Shirt berwarna putih.

Tetapi aktiviti keagamaan tetap meriah. Kampung Gong Chapa, kecil sahaja, tetapi mempunyai Surau, Madrasah dan sebuah Masjid Pada tahun 1970-an Che menghidupan -kan Surau Gong Chapa. Menjadi Imam solat dan terawih serta mengajar kelas agama di situ. Rumah saya pula menjadi Pusat Mengaji Quran. Ustaz Maali mengajar kami asas fardu ain di Madrasah. Ketika itu saya dilantik menjadi Ketua kanak-kanak bawah umur 12 tahun . Sejak Darjah 2 saya dah mahir jawi. Tetapi Che tak hantar ke sekolah agama, walaupun saya minat sekolah agama.

Foto diubah bentuk komik untuk mengelak fitnah.

___________________________________________

1https://www.facebook.com/Mengenali.Islam/posts/1975-ialah-zaman-transisi-zaman-gelap-kepada-zaman-kebangkitan-islam-siapa-yang

1975-MENGAMBIL PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH 5

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 127)

Pada tahun 1967 Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) diperkenalkan.1 saya merupakan generasi kelapan yang menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tahun 1975 merupakan tahun yang mencabar kerana saya akan mengambil Peperiksaan Darjah 5 yang akan menentukan samada saya layak ke sekolah berasrama penuh atau tidak. Antara lima mata pelajaran yang saya ambil ialah ;



1.Bahasa Malaysia

2.Ilmu Hisab

3.Bahasa Inggeris.

4.Sains.

5.Ilmu Alam/Twarikh.

__________________________________

1https://carigold.com/forum/threads/50-perubahan-peperiksaan-sejak-sebelum-merdeka.627329/

Khamis, 29 Oktober 2020

1973-MENYANYI LAGU BAHASA INGGERIS

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 124)



tahun 1973 saya, Alias Hassan dan Wan Sabri terpilih untuk Pertandingan Nyanyian Trio Bahasa Inggeris peringkat daerah. Semasa sekolah rendah di SK Pasir Puteh Lelaki saya masih dapat mengikuti pelajaran Bahasa Inggeris dan cuma dapat C dalam Penilaian Darjah 5. Tetapi semasa sekolah menengah pencapaian saya dalam Bahas Inggeris mula merosot. Kami dilatih oleh Guru Bahasa Inggeris Cikgu Hasbullah untyk pertandingan peringkat zon Pasir Puteh. Lagu yang kami nyayikan ialah ‘Jack and Jill went up the hill”.

Rabu, 28 Oktober 2020

PESTABOLA MERDEKA1974

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI126)

Kejohanan Pestabola Merdeka tahun 1974 bermula pada 23 Julai - 4 Ogos 1974

Venue Stadium Perak, Ipoh. Tahun 1974 tujuh buah negara menyertai Kejohanan Pestabola Merdeka. Negara-negara tersebuat ialah Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Singapore, South Korea, Thailand. Sebagai peminat bolasepak Malaysia saya mengikuti kejohanan ini melalui sukan di radio dan akhbar Utusan Malaysia.



1PEMAIN MALAYSIA

Jurulatih : Jalil Che Din

Penjaga gol : R. Arumugam, Lim Fung Kee

Bek: Namat Abdullah, Soh Chin Aun, Wong Voon Leong, Wong Kui Fou, P. Umaparan, Shukor Salleh

Tengah: Wong Choon Wah, Ali Bakar, Wan Hassan, Santokh Singh, Wan Zawawi

Penyerang: Syed Ahmad, Shaharuddin Abdullah, Mokhtar Dahari, Mohamed Bakar

Digugur (8): Isa Bakar, Chow Tuck Chuan, K. Rajagesaran, Hanafiah Ali, V. Thambirajah, Yahya Jusoh, Kong Lip Peng, Rashid Hassan.2


Perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada 4 Ogos 1974 (Ahad) Malaysia mengalahkan Korea Selatan 1-0 hasil jaringan gol Mokhtar Dahari pada minit ke-84.

_____________________________________________

1https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/search/label/Pestabola%20Merdeka

2Ibid

SEJARAH KAMPUNG GONG CHAPA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 124)



Saya dilahirkan pada 28.2. 1964 di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan.[1] Tetapi Che lambat mendaftar seminggu kelahiran saya, sebab itu di dalam surat beranak tertulis tarikh lahir Ahmad bin Yaakob pada 7 Mac 1964.[2]. Umur Mak Sepiah ketika itu 45 tahun , manakala umur Che ketika itu 56 tahun.Kampung Gong Chapa dinamakan sempena pokok Chapa yang banyak tumbuh di Kampung tersebut. Menurut Che Yaakob, keluarganya berpindah ke Gong Chapa apabila berlaku ribut besar 100 tahun dahulu yang menyebabkan pokok-pokok hutan di Pasir Puteh tumbang semuanya menyembah bumi.[3]
Menurut Abang Zahari pula, keluarga Che berpindah ke Pasir Puteh setelah Kerajaan Melayu Jembal dikalahkan tentera Siam. Keluarga Che yang berasal dari keluarga Panglima Perang Kerajaan Melayu Jembal telah melarikan diri Pasir Puteh.Jarak kampung aku dengan Bandar Pasir Puteh cuma satu batu sahaja. Terlalu dekat. .Tetapi semasa zaman persekolahan saya merasa rumah aku dengan bandar agak jauh. Mungkin kerana saya berjalan kaki ke sekolah. Keluarga saya agak besar kerana mempunyai 17 adik beradik. Kat kampung tiada orang yang boleh menyaingi jumlah anak-anak Yaakob.
___________________________________
[1]Surat beranak
[2]Temu ramah Yaakob Mamat 1983.
[3]ibid

SUKAN KOMANWEL 1974

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 123)

Sukan Komanwel (Bahasa Inggeris: Commonwealth Games, disingkatkan sebagai SUKOM) adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel. 1974 Persemakmuran British Sukan diadakan di Christchurch, New Zealand dari 24 Januari hingga 2 Februari 1974.1 Saya mengikuti perkembangn Sukan Komanwel 1974 melalui Siaran sukan di Radia dan akhbar Utusan Malaysia. Pada tahun 1974, Punch Gunalan mendapat kejayaan cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand. Dengan kejayaan tersebut P. dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1tahun 1974.2




Temasya

Emas

Perak

Gangsa

Jumlah

Rank

Kingston 1966

2

2

1

5

12

Edinburgh 1970

1

1

1

3

15

Christchurch 1974

1

0

3

4

15

Pungutan pingat Malaysia dalam Sukan Komanwel 1974.3

__________________________________

1https://en.wikipedia.org/wiki/1974_British_Commonwealth_Games

2https://www.mstar.com.my/sukan/2012/08/15/lagenda-badminton-punch-gunalan-meninggal-dunia

3https://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia_di_Sukan_Komanwel

Selasa, 27 Oktober 2020

1974- RAIS BELANJA TENGOK WAYANG

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 122)



Semasa Darjah 4 saya berkawan rapat dengan Rais. Rais sahabat sekampung yang belajar dalam Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki. Setiap kali masa Kelas Mengaji quran saya mengajar Rais mengaji quran. Jadi Rais dapat balik awal. Rais selalu mengajak saya ke rumah datoknya Pah Harun. Pak Harun bekerja menjual ikan di Pasar Pasir Puteh, Pak Harun dan isterinya baik dan selalu ajak saya makan nasi bersama Rais Fatah.

Petang itu jam 3.30 petang Rais ajak saya menonton wang gambar di Panggung Petani. Saya tak pernah tengok wayang gambar di Panggung Rama, jadi saya ikut sahaja kerana Rais berjanji nak belanja saya tengok wayang kerana selalu mengajar dia mengaji Quran.Panggung Rama agak jauh iaitu sebatu setengah dari Kampung Gong Chapa. Kami berjalan kaki bersama-sama. Apabila sampai di Panggung Rama jam 3.45 petang Rais beli dua tiket wayang. Harga tiket wayang cuma 20 sen.Tayangan filem petang itu ialah Pancaindera Harimau Berantai.. Saya terkejut kerana dalam Panggung Wang gelap. Rais yang dah biada menonton wayang di Panggung Rama memimpin tangan saya untuk mencari tempat duduk kosong. Tempat kosong itu berhampiran dengan Screen Pangung Wayang. Saya hampir melompat keluar dari panggung wayang kerana babak Ed Osmera berperang terlalu hampir dengan saya. Bimbang takut dia melompat kelaur screen wayang gambar. Itulah pengalaman pertama menonton wayang gambar

1974-TAWARIKH MATA PELAJARAN BARU DARJAH 4.

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI  121)



Pada tahun 1974 saya mula mempelajari mata pelajaran baru iaitu Tawarikh. Tawarikh merupakan mata pelajaran yang akan saya ambil dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 tahun 1975. Sebelum ini saya belajar mata pelajaran Kajian Tempatan. Saya minat Tawarikh dan berazam mendapat A dalam mata pelajaran ini. Guru yang mengajar Tawarikh ialah cikgu Tuan Soh. Beliau tinggal di Padang Siam dan saya kerap juga ke rumah Cikgu Tuan Soh. Cikgu Tuan Soh mengajar Tawarikh sambil bercerita bagaimana kedatangan bangsa Portugis ke Melaka. Saya seronok mendengar cikgu Tuan Soh bercerita semasa mengajar subjek Tawarikh. Ini lah titik tolak minat saya untuk menjadi Guru Sejarah.

Isnin, 26 Oktober 2020

1974-MENONTON PERTUNJUKAN SARKAS DENGAN MAZLAN

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 120)



Sarkas atau sirkus adalah suatu kelompok yang mempersembahkan pelbagai pertunjukan merangkumi akrobat, jugel, badut, haiwan terlatih, ahli silap mata pelagak ngeri dan sebagainya untuk menghiburkan penonton ramai. Sejak Darjah 1 tahun 1971 saya kerap melihat khemah pertunjukkan sarkas di Pasir Puteh. Pertunjukan Sarkas diadakan pada Penggal ketiga pesekolahan di dalam Kebun Nyior Alok. Kebun Nyior Alok merupakan jalan utama yang perlu kami tempoh untuk ke Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Lelaki Kini dah tak ada kerana telah dijadikan tapak bandar baru Pasir Puteh yang dibina mulai tahun 1977.

Waktu petang selepas mengaji Quran saya berjalan kaki ke rumah Mazlan di Kampung Dalam Kemunting Kemudian kami berjalan bersama-sama ke Tapak Sarkas di dalam Kebun Nyior Alok. Tiket cuma 20 sen. Antara pertunjukan yang kami tengok ialah Persembahan Akrobatik menggunakan tali yang diikat pada tiang besar setinggi bumbung khemah, persembahan badut, persembahan gajah dan harimau dalam sangkar. Kami amat terhibur ketika itu.

MAKANAN KEGEMARAN 1971-2020

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 119)



Sejak tahun 1971 mak saya selalu masak gulai ikan kering ,. Gulai ikan kering merupakan gulaikegemaran saya masa tinggal di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan. Jadi apbila isteri masak gulai ikan kering baru rasa jadi orang Kelantan.

MENU BERBUKA PUASA 1974.

(DAIRI GURU SEJARAH SIRI 118)



Tahun 1974, semasa darjah 4 saya masih berbuka di bawah kerana meja makan dah penuh. Jadi mak letakkan makanan ini dalam talam. Saya makan sambil diterangi lampu gaselin. Ketika itu belum ada letrik lagi di rumah. Alhamdulillah sejak kecil saya boleh makan apa saja, tanpa memilih makanan.

1971-2020 MAKAN BUDU

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 117)


foto-https://www.vitdaily.com/5-sebab-budu-jadi-kebanggaan-orang-pantai-timur/

Emak saya buat budu sendiri sejak stahun 1971. Tambahan pula Che berniaga ikan dan mendapatkan bekalan ikan dai Kuala Besut. Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand.Emas saya kerap membuat budu sendiri dengan menggunakan ikan bilis segar yang Che bawa balik selepas menjual ikan. . Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Biasanya emak saya menggunakan guri atau tempayan kecil. Tetapikami guga makan budu yang dijual dipasaran seperti budu cap ketreh.

1974-SOS TOMATO DI MALAYSIA

(biografi guru sejarah siri 116)



Tahun 1974 saya pernah guna sos tomato untuk cicah keropok. Antara jenama sos tomato terawal di Malaysia ialah Sos Tomato Kimball.Kisah kejayaan Kimball bermula pada tahun 70-an dengan pelancaran cap dagang Sos Tomato Kimball, diikuti dengan Sos Cili Kimball. Rasa yang terdapat dari sos Kimball telah menjadikannya sos pilihan di kalangan rakyat Malaysia, dan hari ini, Kimball mempunyai kelebihan sebagai salah satu jenama sos di Malaysia yang paling dipercayai. Dibuat dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi di bawah garis panduan pengeluaran yang ketat, sos Kimball mempamerkan kualiti standard antarabangsa dan rasa konsistennya merupakan satu warisan yang berkekalan. Rangkaian produk Kimball kini terdiri daripada produk-produk yang lain termasuk pasta, sos pasta, mayonis,kacang dan lain-lain.

1974 DAPAT BUKU TEKS PERCUMA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 116)



Tahun 1974 merupakan tahun yang paling gembira dalam hidup saya apabila cikgu mengumkan tahun depan semua pelajar dapat buku teks percuma. Buat kali pertama semasa Minggu Akhir Penggal 3, semasa Darjah 3 guru kelas tidak memberi senarai harga buku teks yang saya perlu beli masa Darjah 4. Antara buku teks percuma yang saya dapat ialah Buku Tawarikh Darjah 4, Ilmu Hisab, Sains, Bahasa Melayu, Ilmu Kesihatan dan Tata Rakyat.

Ahad, 25 Oktober 2020

1971-1973 BELI BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 115)


sumber foto-intenet

Sejak mendaftar pelajar Darjah 1 hingga Darjah 3 Che membeli buku teks. Ini kerana tahun 1974 barulah saya mendapat buku teks percuma. Saya tak banyak membeli buku teks kerana cuma perlu menggunakan buku-buku teks abang Zahari dan Abang Zakaria kerana apabila saya Darjah 1 abang Zakaria dah Darjah 3. Jadi buku teks mereka menjadi buku teks saya pula. Kecuali jika sukatan berubah atau Buku Kerja yang dah digunakan.

Ketika itu Che menyara hidup kami dengan menjual ikan, menanam padi dan sayur-sayuran. Che mengajar ramai kanak-kanak mengaji al-Qurang, mengajar di Surau dan Masjid tetapi secara percuma sahaja. Kehidupan kami sekeluarga biasa sahaja kerana padi tanam sendiri, sayur tanam sendiri. Ikan pula Che bawa balik setiap hari selepas selesai menjual ikan dengan basikal setiap hari. Buah kelapa tua pula banyak gugur di belakang rumah. Duit belanja pula dari hasil jualan padi. Harga satu guni penuh dijual di Kilang Padi $10.00.

1974- KOMIK BAMBINO

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 114)

Pada tahun 1974 saya mula membeli Komik Bambino. Bambino yang diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1972 sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-15, diilhamkan daripada karakter Bambi ciptaan Disney. Majalah bulanan terbitan Penerbitan Suarasa yang diterajui oleh pelukis kartun terkenal seperti Rizalman, Mishar, dan Rosdin. Kemudiannya disertai oleh Alias Kulup dan beberapa orang lagi. Bambino mengalami perubahan dengan kemasukan pelukis-pelukis seperti Suhaime, Nik Nordin, Long, Fatah Ngah dan beberapa orang lagi. Ia memainkan peranan sebagai wadah wacana pengetahun kepada kanak-kanak. Bambino kemudia dilihat sebagai teras komik nasional terbitan bulanan ketika itu bersama penerbitan RINA yang lebih menurus kepada pembaca remaja dan dewasa.1 ini dilihat sebagai wadah wacana pengetahuan kepada kanak-kanak ketika itu.1

Bambino memuatkan beberapa siri komik, cerpen, cerita bersiri, penciptaan sains dan ruang lain yang lazim terdapat dalam majalah kanak-kanak ketika itu seperti mencari gambar tersembunyi dan peraduan melukis (“Bakat Bambino”) di samping bimbingan melukis untuk pembacanya di ruangan “Mari Melukis Bersama Bambino” yang dikelolakan oleh Abdul Halim Teh. Selain itu, pembaca boleh memberikan maklum balas atau pandangan kepada ketua pengarangnya yang dikenali sebagai Pakcik Bambino di ruang “Apa Kata Anda”.

Ia memainkan peranan sebagai wadah wacana pengetahun kepada kanak-kanak. Bambino kemudia dilihat sebagai teras komik nasional terbitan bulanan ketika itu bersama penerbitan RINA yang lebih menurus kepada pembaca remaja dan dewasa.2Komik-komik yang dihidangkan adalah dari genre fiksyen sains - Rosdin dengan Penggembaraan ke Dunia Khayal, siri kanak-kanak cerdik Bambino (Rosdin / Suhaime Salleh / Nik Nordin) secara giliran.

______________________________

1https://ezaleila.wordpress.com/2011/04/26/

2https://ms.wikipedia.org/wiki/Bambino

1974-MALAYSIA MENANG PINGAT GANGSA SUKAN ASIA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 119)

Tehran merupakan tuan rumah Sukan Asia 1974. Terdorong dengan pencapaian layak ke Olimpik dua tahun sebelum itu, Malaysia hadir sebagai salah sebuah pasukan pilihan dalam Sukan Asia edisi ke-7 ini.Mengekalkan pemain-pemain dari skuad 1972 seperti Soh Chin Aun, Namat Abdullah dan M. Chandran, Malaysia turut diperkuatkan dengan bintang sensasi baru ketika itu, Mokhtar Dahari.

Posisi penjaga gol diisi oleh R. Arumugam yang menggantikan Chow Chee Keong yang tidak mendapat pelepasan oleh kelab beliau di Hong Kong.Malaysia memulakan cabaran Kumpulan C Sukan Asia 1974 dengan kekalahan 8-3 kepada Israel.

Skuad kebangsaan kemudiannya bangkit mengikat Jepun 1-1 sebelum memadamkan cabaran Filipina dengan kemenangan 11-0.Malaysia menamatkan cabaran kumpulan C di tangga kedua, layak dengan perbezaan jaringan meninggalkan Jepun yang terpaksa mengigit jari di tempat ketiga kumpulan.Sukan Asia 1974 menyaksikan peringkat separuh akhir diadakan di dalam peringkat kumpulan. Malaysia ditempatkan di dalam kumpulan maut bersama-sama tuan rumah Iran, Iraq dan Korea Selatan.

Tewas 0-1 kepada Iran sebelum seri tanpa jaringan bertemu Iraq, Malaysia bangkit menewaskan Korea Selatan 3-2 untuk melayakkan diri ke perlawanan penentuan pingat gangsa.Isa Bakar menjadi wira negara dengan jaringan pada minit ke-48 dan 81. Malaysia menumpaskan Korea Utara 2-1 untuk membawa pulang pingat gangsa, mengulangi pencapaian 12 tahun lalu di Jakarta.1

Coach: Jalil Che Din

1 Isa Bakar Abu Bakar, 2 Mohammad Ali Abu Bakar, 3 Syed Ahmad Abu Bakar, 4 Namat bin Abdullah, 5 Mohamad bin Bakar, 6 M. Chandran, 7 Mohd Mokhtar Dahari, 8 Harun Jusoh, 9 P. Umaparan A. Ponnampalam, 10 Arumugam Rangasamy, 11 Abdul Shukor Saleh, 12 Santokh Singh, 13 Soh Chin Aun, 14 Wan Zawawi Wan Yusoff, 15 Wong Hee Kok, 16 Wong Kuw Fou, 17 Woon Voon Leong.2

Skuad Sukan Asia 1974 : R. Arumugam, Wan Zawawi, Wong Hee Kok, Ali Bakar, Hanafiah Ali, Mohamed Bakar, Wong Kuw Fou, Syed Ahmad, P. Umaparam, Mokhtar Dahari, M. Chandran, Harun Jusoh, Soh Chin Aun, Namat Abdullah, Shukor Salleh dan Santokh Singh.

Penjaring gol : Mokhtar Dahari (5 gol)*, Isa Bakar (5 gol), Syed Ahmad (4 gol), Harun Jusoh (4 gol), Wan Zawawi (1 gol) dan Ali Bakar (1 gol).

*5 gol yang dijaringkan Mokhtar Dahari itu dicetak semasa saingan awal peringkat kumpulan, dalam perlawanan di mana Malaysia membelasah Filipina 11-0.3

___________________________________________

1https://www.semuanyabola.com/5-skuad-harimau-malaya-terbaik-dalam-sejarah-bola-sepak-malaysia/

2https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008/07/sukan-asia.html

1971-KUEH KEGEMARAN SEJAK ZAMAN SEKOLAH.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 112)



Sejak Darjah 1 masa tinggal di kampung saya suka makan kueh ni untuk sarapan pagi atau minum petang. Rupanya kueh apam bakar ini ada dijual di Bandar Pusat. Mak saya juga pernah buat kueh ni di rumah. Kueh ini selalunya di makan dengan nyior atau kelapa yang dikukur dengan korang . Orang kampung saya panggil korang. Alat untuk mengukur kelapa

1971- KAKAK MENJADI PENEROKA FELDA JENGKA 4.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 111)



Pada tahun 1971 kakak saya Rahimah berkahwin dengan Abang Salleh. Ketika itu kakak saya dah tidak bersekolah lagi kerana tidak pandai menunggang basikal untuk ke Sekolah Menengah Anika Jurusan atau nama sekarang SMK Tok Janggut. Mak saya merasa sedih kerana kakak Rahimah merupakan seorang pelajar yang pandai. Apabila dihantar menaiki bas kakak saya alahan bas sehingga muntah.

Setelah berkahwin, mereka kemudiannya menetap di Felda Jengka 4. Ketika itu saya tak tahu ke mana kakak saya pergi hinggalah saya darjah 3 barulah saya faham mereka menjadi Peneroka Felda Kemboja Jengka 4. Kakak saya berkahwin ketika berumur 15 tahun dan Abang Leh berusia 20 tahun. Sejak Darjah 3 saya berminat untuk ke Felda Jengka 4, tetapi tahun 1978 barulah hajat ini tercapai.1

__________________________________

1Catatan Dairi 1978

MENDENGAR DRAMA RADIO NO 5 PERSIARAN 1

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 110)



Semasa Darjah 4, tahun 1974, saya kerap mendegar Drama Radio No 5 Persiaran .Ia adalah drama radio bersiri yang diterbitkan pada tahun 1974. Drama radio ini keudara selama 15 minit setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9.30 pagi sehingga 9.45 pagi. Ianya diterbitkan oleh Mahani Ujang di Radio Nasional RTM, sekarang Klasik FM. Oleh itu saya cuma dapat mendengar drama ini pada hari Jumaat sahaja.

Pengenalan drama ini seperti berikut :

Soalan: "Boleh saya tahu di mana rumah No 5 Persiaran 1?"

Jawapan: "Oh rumah besar dua tingkat tu! Di sebelah kanan masjid di depannya mini market."Drama ini berkisar kisah keluarga Encik Aman. Drama ini dijayakan oleh Fatimah Yassin, Atan Wahab (Encik Aman/Abah), Zuraida Musib (Amiza), Che Om Dahari (Amran) dan Mohd Latif Mahidin (Amir). Ia bertahan selama 13 tahun dari 1974 lagi.

1973-ABANG IPAR BELI BAJU RAYA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 109)



Tahun 1973 ketika saya Darjah 3 Hari Raya Puasa jatuh pada 24 Oktober 1973. Seminggu sebelum raya puasa che telah membeli sehelai baju raya berwarna hijau. Saya tak minat warna hijau, jadi saya protes tak pakai masa raya nanti. Saya kena marah. Apabila abang ipar saya balik dari Jengka 4 untuk beraya di Kampung Gong Chapa, dia melahirkan rasa simpati. Tambahan itulah abang ipar yang paling rapat dengan saya. Hari Sabtu 20 Oktober 1973 saya dibawa ke tempat menjual baju raya di tepi Sungai Semerak berhampiran Jambatan kayu ke Kulim.
Ketika itu baju raya dijual secara longgok sahaja di bawah pokok yang rendang di tepi sungai dekat Pasar Lama. Harga baju T.Shirt warna biru tu Cuma $5.00 sahaja. Saya minta maaf dengan Che kerana protes baju raya. Sebenarnya saya suka warna biru sahaja .Sampai tahun 2020 semua baju dan pakaian yang saya beli berwarna biru.

Sabtu, 24 Oktober 2020

1974-SAYA MASUK BERITA RTM 1

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 108)

SIRI KEJAYAAN



Gambar saya menerima hadiah kecemerlangan di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Lelaki keluar dalam Berita TV1 jam 8.00 malam tahun 1974. Berita tersebut memaparkan saya menerima hadiah tempat kedua Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 4 dari Menteri Pelajaran Malaysia ,Datok Muhamed Yaacob. Riuh sekampung Pak Mat masuk TV! .Pak Mat masuk TV!. Itu nama saya di Kampung Gong Chapa. Kalau sebut Ahmad Yaakob orang kampung tak kenal sangat. Sayang tak ada gambar untuk kenangan. Ketika itu tak mampu nak beli kamera. Rumah saya juga tak ada TV.

1970-UMUR ENAM TAHUN MULA BERLATIH PUASA

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 107)



Ketika saya berusia enam tahun, Che mula melatih saya berpuasa, solat dan mengaji quran. Peringkat awal Cuma separuh hari. Akhirnya tahun 1970 saya dapat berpuasa selama 15 hari. Setiap kali berbuka puasa mak saya akan masak onde-onde dan kueh lompat tikam. Pada waktu malam che mengimamkan solat terawih di Surau Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh Kelantan. Masa paling seronok ialah selepas berbuka puasa kerana ada makan-makan.


1971-KENANGAN BERPUASA DI KAMPUNG GONG CHAPA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 106)



Semasa tinggal di Kampung Gong Chapa pada tahun 1971, masa yang paling seronok ialah bila masuk bulan puasa. Bulan puasa pada tahun 1971 jatuh pada hari Isnin 9 Oktober 1971 dan hari raya pertama jatuh pada 8 November 1971. Ketika itu saya berumur 7 tahun dan dah berpuasa sebulan penuh. Saya pun dah ikut Che dan Mak solat sembahyang terawih di Surau Kampung Gong Chapa. Che menjadi Imam solat terawih di Surau itu. Ramai kanak-kanak yang sebaya dengan saya yang sembayang di surau ketika itu. Selepas solat terawih kami dijamu dengan pelbagai kueh seperti sagupal. Ketika itu penduduk Kampung Gong Chapa bergilir-gilir membuat kueh. Setiap kali kena giliran, Mak akan membuat kueh lompat tikam.1

Menu utama berbuka puasa ketika itu ialah gulai lemak ikan, sayur sawi,ikan kembung percik dan ayam percik. Ketika itu ayam banyak kat reban jadi cuma perlu tangkap dan Che akan sembelih ayam tersebut.Setiap kali berbuka puasa saya makan di bawah . Manakala adik-beradik yang lebih tua makan di meja makan. Ketika itu yang berada di rumah ialah Abang Li, Abang Noh, kakak Asiah Rahimah. Manakala yang masih bersekolah ialah kakak Asiah yang masuk Tingkatan 1 Sekolah Menengah Anika Jurusan. Zahari dan Zakaria bersekolah dalam darjah Tiga dan Empat di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh. Lelaki.2 Kini Che, mak, Abang Li, Abang Noh, Zahari, kakak Asiah dan Rahimah dah meninggal dunia. Al-Fatihah.

1Temubual dengan Mak tahun 1980.

2Ibid

1972-KENANGAN BULAN PUASA.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 105)



Puasa hari pertama tahun 1972, jatuh pada hari Isnin 9 Oktober 1972. Tahun ini anak bulan tidak kelihatan di Balai Cerap Teluk Kemang. Jadi kaedah hisab digunakan untuk menentukan permulaan 1 Ramadhan. Hari Raya Puasa pula jatuh pada 8 November 1972. Kerana anak bulan Syawal pula kelihatan di Balai Cerap, Teluk Kemang.Tahun ini dengan izin Allah saya dapat menunaikan ibadat puasa selama sebulan penuh. Walau pun banyak cabaran di sekolah kerana ramai lagi kawan-kawan sebaya yang belum berpuasa penuh dan makan di sekolah.

1970-1976-AIR BATU SEKAM KAYU

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 104)



Air batu ni popular setiap kali bulan puasa tahun 1970-an. Saya kerap juga mengayuh basikal ke bandar Pasir Puteh untuk beli air batu ni. Jarak dari rumah ke kedai air batu ialah 4 km.Lepas beli kena balik segera. Kayuh basikal laju-laju kerana takut air batu cair. Siapa sahabat fb yang pernah beli air batu ni?

MENU BERBUKA PUASA 1974.

(DAIRI GURU SEJARAH SIRI 103)



Tahun 1974, semasa darjah 4 saya masih berbuka di bawah kerana meja makan dah penuh. Jadi mak letakkan makanan ini dalam talam. Saya makan sambil diterangi lampu gaselin. Ketika itu belum ada letrik lagi di rumah. Alhamdulillah sejak kecil saya boleh makan apa saja, tanpa memilih makanan.

1972-KENANGAN MUSABAQAH AL QURAN BULAN PUASA

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 102)



Tahun 1972 Musabaqah membaca al-Quran peringkat kebangsaan dan negeri diadakan pada bulan Ramadhan. Bagi kami orang kampung inilah saat yang ditunggu untuk mengikuti musabaqah ini, Tahun 1972 saya kerap mendengar pertandingan musabaqah ini dicorong radio. Kecuali kalau selepas solat tarawih Che ajak menononton TV1 di rumah Amran. Tahun 1972, hanya beberapa buah rumah sahaja di Kampung Gong Chapa yang ada television. Juara muasabaqah membaca al-Quran peringkat antarabangsa 1972 ialah ;
(1972) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1972) : En. Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
Berikut biodata Puan Hajjah Faridah Mat Saman;
Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 29 Oktober 1948 beliau adalah merupakan Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sebanyak lapan kali. Bapanya, iaitu Allahyarham Mat Saman bin Abdul Rahman berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Manakala ibunya, Allahyarham Hajjah Che Yam binti Che Had adalah bekas Johan Qariah Kebangsaan yang pertama kali diadakan iaitu pada 1960. Pn Hjh Faridah merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik (Ibrahim b Mat Saman, Rahmah bt Che Hussin, Abdul Rahman bt Che Hussin dan Hj Mat b Mat Saman).
Bakat dan kebolehan beliau mula dikesan apabila menunjukkan kemampuan untuk mengkhatamkan Al-Qur’an sejak berusia lima tahun lagi. Beliau juga menunjukkan kebolehan dalam bidang tarannum sebagaimana yang diwarisi daripada datuknya; yang juga merupakan guru tarannumnya terawal iaitu Tuan Guru Abdul Rahman bin Che Man dan nendanya Zainab binti Osman. Beliau juga mendapat didikan daripada Guru Al-Qur’an yang terkenal iaitu Ahmad bin Mat Som atau lebih dikenali dengan panggilan Ahmad Ma’Som Pergau

1973-HANTU BULAN PUASA?

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 101)



Tahun 1973 Kampung Gong Chapa belum ada letrik. Tandas curah pun tak ada. Jadi setiap kali lepas solat sunat tarawih kami akan melalui kawasan buluh betong yang gelap dan agak rimbun. Saya bersama abang Zahari dan Zakaria berjalan dalam kegelapan malam dengan satu lampu suluh. Asmi Mamat dan adik-beradik juga menggunakan satu lampu suluh. Apabila sampai di kawasan pokok buluh betong, Asmi yang paling tua di kalangan kami berteriak, ada hantu dekat pangkal pokok buluh betong. Lalu terus berlari balik ke rumah. Saya macam tak percaya ada hantu pada bulan puasa, tetapi berlari juga kerana semua orang dah berlari jauh ke depan. Itu lah kenangan saya semasa Darjah 3 pada bulan puasa 1973.

1974-1984-3MENU BERBUKA IKAN KEKEK MASAK SERAI

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 100)

Semalam isteri masak ikan kekek ketuk serai. Bila berbuka saya teringat selalu makan ikan ini tahun 1974-1984. Tahun 1974, ayah saya masil menjual ikan. Antara ikan yang dibawa balik ialah ikan kekek. Ikan ini mak saya masak ketuk serai. Bila berbuka mak selalu pesan, berhati-hari makan kerana ikan kekek ini banyak tulang.

1971-1976 BULAN PUASA GUNA DAPUR KAYU

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 99)



Tahun 1970-an mak saya masih menggunakan dapur kayu untuk memasak pada bulan puasa. Dapur kayu ini menggunakan kayu gelam kering sebagai bahan bakar. Sejak Darjah 1 kami sekeluarga ke kawasan tanah beris di Jalan ke Kulim, untuk menebang kayu gelam. Kayu gelam yang siap dipotong akan dipikul untuk dibawa balik ke rumah, Jarak dari rumah ke hutan kayu gelam lebih kurang 2 kilometer.
Kebiasaannya saya memikul sebatang kayu gelam sahaja. Semasa perjalanan balik kami kami akan menaiki feri kecil merentasi Sungai Semerak. Kemudian berjalan kaki melalui Kampung Pulau Sa, sampai ke rumah. Kayu gelam kering ini Che gunakan untuk membuat kayu api untuk memasak. Selebihnya dibuat pagar di sawah padi. Kayu gelam yang disimpan di bawah rumah digunakan untuk memasak pada bulan puasa. sebenarnya masakan dari dapur kayu lebih sedap dari dapur gas.

1974-1976 POKOK BUNGA KEMBOJA PUTIH DI SKPP LELAKI.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 98)


FOTO-Sebelah kanan masih ada tiga pokok kemboja besar.

Semasa Darjah 4 hingga darjah 6 kelas saya berpindah ke kelas bangunan batu dua baris. Semasa darjah 1 hingga darjah tiga saya belajar di Kelas bangunan kayu, iaitu bangunan lama SKPPL. Di hadapan kelas terdapat banyak pokok bunga kemboja puti.: Pokok kemboja putih banyak di tanam di perkuburan di sekitar Kelantan, di sebabkan itu pokok kemboja putih jarang di tanam di halaman sekolah. Tetapi di SKPPL banyak pokok bunga kemboja putih yang besar ditanam di laman kelas. Banyak kenangan di sini. Saya dan kawan-kawan kerap juga bermain dan panjat pokok ni. Kini hanya tinggal kenangan sahaja.