Isnin, 5 Oktober 2020

1993- CIKGU LIMAU KASTURI

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 27)







Semasa menonton darama Cikgu Limau Kasturi saya masih mengajar di SMK Tengku Abdullah Pekan. Ketika itu saya bersama Syafiqah dan isteri menyewa di Jalan Rompin Lama. Sebagai Cikgu Sejarah hati saya tersentuh menonton drama ini kerana pernah tinggal di Kampung Gong Chapa dan mandi menggunakan air perigi

Drama Cikgu Limau Kasturi mengisahkan tentang seorang guru baru Bahasa Inggeris, iaitu Cikgu Halim, lakonan hebat Harun Salim Bachik, yang ditakdirkan untuk mengajar di sebuah sekolah yang terletak jauh di pedalaman Kelantan, iaitu di Kampung Limau Kasturi.

Kawasan penempatan tersebut tidak mempunyai bekalan air dan elektrik serta hanya dapat dihubungkan dengan satu stesen kereta api yang sudah usang. Pada mulanya, Cikgu Halim amat susah hati dan keberatan untuk pergi mengajar di sekolah tersebut, namun setelah ibunya memberi dorongan dan semangat, beliau akur dengan takdir yang dihadapinya itu.

Ketika di kampung tersebut, beliau telah banyak dibantu oleh Pak Hassan, salah seorang penduduk di kampung tersebut. Cikgu Halim cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung tersebut walaupun suasananya jauh berbeza dengan bandar. Di kampung, beliau telah mempelajari dan melihat nilai-nilai kemasyarakatan yang tidak dapat dirasai ketika di bandar. [1]

__________________________

[1]https://mp3digitalsupersound.blogspot.com/2017/11/drama-cikgu-limau-kasturi-masihkah-anda.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan