Ahad, 4 Oktober 2020

1987-BEKERJA DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

 (BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 6)



Cuti Semester Akhir Tahun 3, saya tak balik kampung kerana Proffesor Dr Harun Mat Piah mempelawa saya dan empat orang rakan bekerja sambilan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya bersama sahabat karib Nazri Hashim tinggal menyewa di Kampung Baru bersama lima orang anggota polis.

Kami dipilih kerana kami merupakan cemerlang Jabatan Persuratan Melayu UKM. Projek tersebut ialah Projek menterjemah manuskrib lama menjadi sebuah buku ini dikelola oleh Dr Harun Mat Piah. Manuskrib lama bertulis jawi ini bertajuk Hikayat syamsul Anuar. Kami dibagikan tiga bab seorang untu diterjemah dalam masa sebulan.Kerja ini mudah sahaja kerana saya mahir tulisan jawi sejak darjah 2.

Buat kali pertama saya bekerja masa pejabat iaitu punch cad pukul 9.00 pagi dan balik pukul 4.30 petang. Ketika saya tak ada duit langsung. Nak minta dengan che dan mak saya rasa kasihan pula kerana membebankan orang tua. Saya bernasib baik kerana sahabat yang tinggal bersama di rumah sewa memberi pinjam RM200.00. jadi cukuplah untuk saya menyara hidup di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dari jumlah tersebut kawan saya pula pinjam RM50.00.

Ketika bekerja di dewan Bahasa dan Pustaka saya sempat mengenali IMUDA dan Soberi Yunus yang bekerja di Tingkat 3 Bahagian Majalah. Saya bekerja di Bahagian Penerbitan. Pintu masuk Utama melalui Perpustakaan Dewan Bahasa Pustaka. Ketika itu bulan puasa. Nazri membawa saya menaiki motosikal untuk ke Masjid Kampung Baru untuk berbuka puasa secara percuma. Kamil solat berjemaah dan Terawih di Masjid kampung Baru. Seronok dapat makan bubur lambuk Kampung Baru yang terkenal di merata tempat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan