Ahad, 4 Oktober 2020

1987-NOSTALGIA TINGGAL DI KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 7)

Sepanjang menetap di Kampung Baru saya bersyukur kerana mendapat kawan yang beriman. Nazri Hashim bekas pelajar sekolah agama dan wartawan telah membawa saya solat hampir ke semua masjid yang ada di Kuala Lumpur. Paling kerap kami solat berjemaah maghrib isyak dan terawih di Masjid Kampung Baru. Kami juga solat di Masjid Jamek, Masjid Istana Negara. Masjid Negara, Masjid Pakistan dan Masjid India juga kami kunjungi.Setiap kali solat Jumaat di Masjid Istana Negara saya nak Nazri kerap mendengar tazkirah Datuk Abu Hassan Din dan abangnya Ishak Din.

Sepanjang solat di kampung baru sepanjang Ramadhan, suatu hari saya menyaksikan Bilal Masjid meninggal dunia setelah solat sunat sebelum maghrib. Satu lagi peristiwa yang tak dapat saya lupa ialah motosikal Nazri mati di Jalan Kuching ketika kami dalam perjalanan balik ke rumah sewa. Ketika itu saya dan Nazri tidak ada duit langsung. Kami menahan kenderaan yang lalu. Seorang hamba Allah yang menunggang basikal memberi kami RM3.00 dan menegaskan duit tersebut tak perlu dibayar. Setelah mengis minyak kami balik ke rumah sewa. Seperti biasa kami berbuka dengan bubur lambuk di Kampung Baru. Keesokan hari Nazri meminjam duit dari kaawannya di Bank Islam dan membayar duit sara RM50.00. Dengan duit itulah saya beli tiket di Pudu Raya untuk pulang beraya di Kampung Gong Chapa, Pasir Puteh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan